Tiga Negara Asean Layak Ke Piala Asia Wanita 2018

Diterbitkan: Khamis, 13 April 2017 3:22 PM

Filipina menempah tiket ke final Piala Asia Wanita 2018. Foto: AFC

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Filipina, Thailand dan Vietnam menjadi wakil negara-negara Asean layak ke aksi akhir ke kejohanan Piala Asia Wanita di Jordan pada April 2018.

Ketiga-ketiga negara  tersebut mara ke pusingan akhir selepas berjaya mengharungi saingan dalam siri kelayakan yang berlangsung di seluruh benua.

Ini bermakna Filipina, Thailand, Vietnam bakal menyertai lima lagi negara iaitu Korea Selatan, Australia, China dan Jepun di Jordan kelak.

Piala Asia Wanita Jordan 2018 bakal menawarkan lima tempat teratas untuk beraksi pada Piala Dunia Wanita 2019.

Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa berkata: "Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pasukan yang layak ke Piala Asia.

"Pasukan bola sepak wanita Asia adalah berkelas dunia berdasarkan tiga daripada pasukan kita berada dalam kelompok sepuluh ranking dunia Wanita Fifa," jelasnya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pusingan kelayakan Piala Asia Wanita Kumpulan A yang berakhir pada Rabu menyaksikan Filipina mara ke pusingan akhir selepas mencatat seri ke atas Bahrain di Dushanbe, Tajik.

Ia merupakan kali pertama Filipina layak ke aksi final tahun hadapan.

Manakala Thailand dari Kumpulan C, mengatasi Taiwan dengan keputusan 1-0 pada aksi di Palestin.

Sementara itu, Korea Selatan pula menguasai Kumpulan B dengan menyingkir jirannya, Korea Utara dengan keputusan seri 1-1.

Dan Kumpulan D pula memihak kepada VIetnam selepas mengambil kira perbezaan gol bersama Myanmar.

Sebanyak lapan negara yang layak beraksi pada Piala Asia Wanita 2018 iaitu Jordan (tuan rumah), Jepun, Australia, Filipina, Republik China, Korea Selatan, Thailand dan Vietnam.

Jepun merupakan juara bertahan selepas menewaskan Australia 1-0 pada aksi 2014.


Tags / Kata Kunci: Piala Asia Wanita 2018

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan