JDT Terajui Liga Super

Diterbitkan: Khamis, 13 April 2017 7:00 AM

Mohamad Ghaddar (kiri) diasak pemain JDT pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam Rabu. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Johor Darul Ta'zim (JDT) bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Kelantan 3-2 pada aksi di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, malam Rabu, sekali gus merampas kedudukan selaku pendahulu Liga Super.

Kemenangan itu melonjakkan JDT dua anak tangga ke takhta liga selepas mengumpul 20 mata, mengetepikan Pahang dan Kedah yang masing-masing di kedudukan kedua dan ketiga dengan 19 mata.

Pada aksi malam ini, Kelantan bermula garang apabila penyerang importnya, Mohamad Ghaddar menghadiahkan gol pertama pada minit kelima perlawanan.

Kelantan terus menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila Mohamad Ghaddar melebarkan kedudukan apabila menjaringkan gol kedua skuad The Red Warriors pada minit ke-15.

Kedudukan itu, bagaimanapun langsung tidak mematahkan semangat pemain JDT apabila berjaya menjaringkan gol pertama, hasil sepakan percuma Safiq Rahim pada minit ke-20.

Pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Gabriel Migual Guerra untuk menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-29.

Pengadil Md Nazmi Nasaruddin menghadiahkan penalti kepada JDT selepas Khairul Fahmi bertindak mengasari Gonzalo Gabriel Cabrera dalam kotak penalti.

Seminit kemudian, JDT terus menambah derita pasukan Kelantan apabila  Cabrera menjaringkan gol ketiga pasukan pelawat.

Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain pertahanan, Mohammad Qayyum Marjoni Sabil dilayangkan kad merah oleh pengadil selepas bertindak mengasari Guerra.

Kedudukan itu merencatkan percaturan Kelantan untuk kedudukan 2-3 berpihak kepada JDT kekal sehingga ke wisel penamat.Aksi tersebut merupakan perlawanan tertunda antara kedua-dua pasukan yang sepatutnya berlangsung pada 4 Februari lepas. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: JDT , Kelantan , Liga Super

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan