FAM Mungkin Guna Pengadil Luar Untuk Perlawanan Penting

Diterbitkan: Khamis, 13 April 2017 9:54 PM

Beberapa insiden membabitkan keputusan pengadil yang dianggap berat sebelah telah dilaporkan termasuk yang terkini membabitkan perlawanan Liga Super antara Kelantan dan JDT pada Rabu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mungkin akan menggunakan khidmat pengadil luar negara untuk perlawanan besar dan penting, kata Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Beliau berkata badan induk bola sepak negara itu telah menerima beberapa laporan mengatakan pengadil menjalankan tugas dengan teruk untuk beberapa perlawanan sebelum ini.

"Saya telah mengarahkan pihak Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad(FMLLP) untuk melihat semula perjanjian yang kami ada dengan Japan FA di mana untuk perlawanan-perlawanan besar dan penting kita akan menggunakan khidmat pengadil luar negara.

"Ia bagi mengelakkan daripada mana-mana pihak untuk menuding jari. Jika ada yang mengatakan JDT menang kerana saya adalah Presiden FAM, saya telah memenangi tujuh piala buat JDT dan menentang sistem sebelum menjadi Presiden FAM sebelum ini," katanya dalam entri terkini di laman Facebook, Football Association ofMalaysia (official), Khamis.

Beberapa insiden membabitkan keputusan pengadil yang dianggap berat sebelahtelah dilaporkan termasuk yang terkini membabitkan perlawanan Liga Super antara Kelantan dan JDT semalam.

Keputusan pengadil yang menghadiahkan sepakan penalti kepada JDT pada minit ke-29 itu dianggap kontroversi selepas ia didakwa berat sebelah.

Jaringan itu sekali gus membolehkan JDT menyamakan kedudukan 2-2.-Bernama

Tags / Kata Kunci: FAM , Pengadil Luar , Tunku Ismail

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan