"Selalunya Orang Takut Ni Bersalah" - Sathia

Diterbitkan: Khamis, 13 April 2017 3:40 PM

B. Sathianathan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khairul Anuar Baharum atau lebih dikenali sebagai 'Ah Chong' dinasihatkan supaya segera tampil memberi kerjasama berhubung siasatan kes mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana.

Jurulatih baharu Felda United, B. Sathianathan yang pernah mengemudi skuad kebangsaan pada 2007 hingga 2009 berharap Ah Chong segera tampil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyelesaikan kes itu bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

"Selalunya orang takut ni adalah orang yang salah. Pada pendapat saya, lagi cepat dia selesaikan perkara ini lagi bagus," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Meskipun tidak pernah bekerjasama dengan Ah Chong sebelum ini, Sathianathan menyarankan supaya mana-mana pemain yang terlibat dengan kegiatan bookie dikenakan hukuman penjara.

Katanya, penglibatan mereka dalam kegiatan bookie ternyata menjejaskan maruah bola sepak negara dan memberi kesan kepada jurulatih pasukan.

"Kalau ada mana-mana pemain yang terlibat memang padan mukalah kalau kena tangkap. Mereka bukan sahaja malukan bola sepak negara tapi beri kesan kepada prestasi jurulatih.

"Kadang-kadang jurulatih buat kerja dengan betul dan seikhlas hati tapi pemain buat macam ni, tak gunalah. Saya harap mereka masuk penjara. Orang macam inilah yang buat peminat hilang kepercayaan terhadap bola sepak profesional," katanya.

Sementara itu, bekas pemain Selangor, Khalid Ali menganggap Ah Chong, yang juga juniornya ketika bersama Red Giants bertindak kurang bijak apabila masih tidak hadir ke pejabat SPRM.

Khalid Ali.

Malah, tindakan Ah Chong yang dilihat seolah-olah cuba 'berdiam diri' dalam kes itu akan memberi kesan buruk kepada dirinya dan juga keluarga.

"Kalau dia rasa tak bersalah, dia patut tampil untuk bantu siasatan. Inilah masanya untuk dia bersihkan maruah diri dan juga keluarga.

"Seelok-eloknya tampil segera, tak usah tunggu lama-lama. Lagipun dia masih belum terbukti bersalah dan hanya diperlukan untuk bantu siasatan," katanya.

Menurut legenda bola sepak negara itu, beliau menyifatkan Ah Chong sebagai seorang pemain junior yang mempunyai personaliti yang baik.

"Saya pun terperanjat dan tidak sangka gambar dia keluar dalam surat khabar kerana sepanjang mengenalinya dia seorang yang baik," katanya.

Justeru, Khalid berharap agar Ah Chong segera tampil bagi menyelesaikan kes tersebut sekali gus menepis dakwaan yang dikaitkan dengannya.

"Saya harap tiada apa-apa berlaku dan anggap ini hanyalah cerita dongeng," katanya.

SPRM baru-baru ini meminta Ah Chong supaya hadir ke ibu pejabat badan itu secepat mungkin bagi membantu melengkapkan siasatan kes mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana membabitkan pasukan bola sepak Malaysian Indian Sports Council-Malaysia Indian Football Association (MISC-MIFA).

Pada Khamis lalu, tiga pemain MISC-MIFA ditahan SPRM kerana disyaki menerima rasuah daripada bookie sebagai habuan untuk menentukan keputusan perlawanan itu.

Tags / Kata Kunci: B. Sathianathan , Khalid Ali , Ah Chong , bookie , SPRM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan