Bas Dortmund Diserang, Perlawanan Ditangguh - Bola Sepak | mStar

Bas Dortmund Diserang, Perlawanan Ditangguh

Diterbitkan: Rabu, 12 April 2017 7:12 AM

(Ubah saiz teks)

AKSI suku akhir pertama Liga Juara-Juara antara Borussia Dortmund dan Monaco ditangguhkan selepas bas yang membawa pasukan dari Jerman itu menjadi sasaran letupan bom, awal pagi Rabu.

Letupan itu menyebabkan penjaga gol Sepanyol, Marc Bartra cedera dan dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan.

Ketua Eksekutif Hans-Joachim Watzke berkata Barta mengalami kecederaan ringan di tangannya.

Bas membawa pasukan Dortmund itu dikatakan dalam perjalanan dari hotel penginapan pasukan menuju ke Stadium Borussia, kira-kira 10 kilometer dari lokasi serangan.

Polis Jerman berkata letupan berlaku kira-kira pukul 6 petang berhampiran bas pasukan itu di Wittbraucker Strass yang mengakibatkan cermin bas tersebut berkecai.

Seorang jurucakap polis memberitahu tiga siri letupan berlaku dekat bas pasukan itu ketika meninggalkan hotel untuk menuju ke stadium.

Selepas siasatan dilakukan, polis menyifatkan serangan itu dilakukan menggunakan bahan letupan berbahaya.

Perlawanan itu akan diadakan semula pada Rabu kira-kira pukul 5.45 petang waktu United Kingdom.

Tags / Kata Kunci: Borussia Dortmund , Monaco , Liga Juara-Juara
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan