Argentina Pecat Jurulatih Bauza

Diterbitkan: Selasa, 11 April 2017 8:30 AM

(Ubah saiz teks)

ARGENTINA memecat jurulatih Edgardo Bauza pada Isnin berikutan keputusan buruk pada aksi kelayakan Piala Dunia, Rusia 2018.

"Kami telah mencapai persetujuan bersama, dan memberitahu Bauza supaya berhenti menjadi jurulatih pasukan," jelas Presiden Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA), Claudio Tapia selepas mesyuarat di ibu pejabat Buenos Aires lewat Isnin.

Dalam pada itu, laporan media turut mendedahkan pengurus Sevilla, Jorge Sampoli dikaitkan dengan jawatan ini biarpun dia tidak berminat untuk kembali melatih skuad kebangsaan selepas membawa Chile menjuarai Copa Amerika 2015.

Argentina dilihat semakin tertekan apabila kapten pasukan, Lionel Messi digantung empat perlawanan gara-gara memaki pengadil pada aksi bertemu Chile sebelum ini.

Juara Piala Dunia dua kali itu berada di tangga kelima bagi saingan Kumpulan Amerika Selatan yang mana hanya empat pasukan terbaik sahaja akan mara ke peringkat akhir.

Empat negara daripada sepuluh kumpulan akan layak ke final tahun hadapan, manakala pasukan kelima akan bermain secara play-off bertemu Zon Oceania.

Di bawah bimbingan Bauza, Argentina mencatat tiga kemenangan, dua seri dan dua kalah dalam aksi kelayakan ini bagi mengumpul 22 mata.

Empat lagi baki perlawanan Argentina bakal bertemu Uruguay dan Venezuela pada Ogos ini manakala menentang Peru serta Ecuador pada Oktober depan.

Brazil berada di kedudukan teratas dengan 33 mata, Colombia (24) manakala Uruguay dan Chile berkongsi 23 mata untuk berada di tangga keempat.

Tags / Kata Kunci: Argentina , Edgardo Bauza

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan