Hatrik Safiq Bantu JDT Naik Tangga Ketiga

Diterbitkan: Isnin, 10 April 2017 7:30 AM

Safiq (kiri) cuba mengelecek pemain Melaka United Sergio Fabian Ezequiel Aguero pada perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin pada Ahad. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kapten pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim melakar jaringan hatrik membantu juara bertahan Liga Super itu berpesta gol menewaskan Melaka United 7-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam Ahad.

Kemenangan kelima daripada lapan perlawanan itu membolehkan skuad Harimau Selatan meraih 17 mata.

Pada aksi di Larkin, pasukan JDT kendalian Benjamin Mora selesa mendahului 4-0 pada babak pertama perlawanan menerusi Gabriel Miguel Guerra pada minit keenam, Safiq (minit ke-17), Mohd Amirul Hadi Zainal (minit ke-22) dan Gonzalo Cabrera pada minit ke-33.

Sebaik sahaja perlawanan disambung ke babak kedua, skuad Harimau Selatan terus menambah derita pasukan pelawat selepas melakar tiga lagi gol menerusi Azamuddin Mohd Akil pada minit ke-46 sebelum Safiq melengkapkan kemenangan bergaya JDT hasil gol padang pada minit ke-58 dan sepakan penalti pada minit ke-87.

Dalam pada itu, pasukan tercorot liga, Pulau Pinang meraih kemenangan sulung selepas sembilan perlawanan menerusi kemenangan tipis 1-0 ke atas Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka Pahang hasil gol tunggal S. Kumaahran pada minit ke-79.

Terdahulu, Pulau Pinang terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah pemain pertahanannya Mafry Balang dilayangkan kad merah oleh pengadil Nagor Amir Noor Mohamed kerana mengasari pemain gantian Felda United, Gaston Andres pada penghujung perlawanan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: JDT , Safiq Rahim , Liga Super

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan