Cavani Ledak Dua Gol, Bantu PSG Benam Guingamp - Bola Sepak | mStar

Cavani Ledak Dua Gol, Bantu PSG Benam Guingamp

Diterbitkan: Isnin, 10 April 2017 7:38 AM

(Ubah saiz teks)

EDINSON Cavani meledak dua gol dan membantu satu lagi jaringan untuk menghidupkan semula peluang Paris St Germain memburu gelaran Ligue 1, Perancis dengan menundukkan En Avant Guingamp 4-0.

Angel Di Maria terlebih dahulu membuka jaringan awal sebelum Cavani meledak dua gol pada babak kedua dan Blaise Matuidi melengkapkan gol keempat PSG.

Susulan kemenangan itu, PSG kini menduduki tangga kedua dengan 71 mata daripada 31 perlawanan, ketinggalan tiga mata di belakang Monaco yang menundukkan Angers 1-0 pada Sabtu.

Nice yang mempunyai baki satu perlawanan dalam tangan di tempat ketiga dengan 70 mata selepas Mario Balotelli meledak dua gol untuk membantu pasukan tersebut menang 2-1 ke atas Lille pada Jumaat lalu.

Pengurus PSG, Unai Emery mengakui anak buahnya tidak bermain dengan baik pada babak pertama tetapi bangkit meledak tiga gol pada babak kedua.

"Kami tidak bermain dengan baik di babak pertama tetapi apabila kami mendapat gol pertama, perlawanan sedikit terbuka dan kami mencari lebih banyak gol," kata Emery.

Tags / Kata Kunci: Edinson Cavani , PSG
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan