Mourinho Intai 'Pembunuh' Baharu Seperti Chicharito

Diterbitkan: Sabtu, 8 April 2017 9:18 AM

Chicharito pernah menjadi penyerang terbaik di Old Trafford.

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho mengakui skuadnya kekurangan 'pembunuh' di depan gol sekaligus menunjukkan minat untuk membeli penyerang baharu.

United mencatat jumlah gol paling rendah dalam kelompok tujuh kelab terbaik Liga Perdana Inggeris setakat ini.

Zlatan Ibramovic merupakan penjaring terbanyak kelab dengan 27 gol bagi semua perlawanan dan Mourinho tertanya-tanya sama ada skuadnya itu 'jatuh cinta dengan gol' atau tidak.

Juan Mata merupakan penjaring kedua terbanyak kelab dengan sepuluh gol manakala Marcus Rashford, Anthony Martial, Henrikh Mkhitaryan dan Paul Pogba tujuh gol, diikuti Wayne Rooney lima gol.

Malah Mourinho menggesa Rashford supaya kembali cemerlang musim depan, namun mengakui United memerlukan 'penceroboh' seperti bekas pemain pilihan di Old Trafford sebelum ini, Javier Hernandez yang kini bersama Bayer Leverkusen  sejak dua tahun lalu selepas semusim dipinjamkan ke Real Madrid.

Difahamkan perpindahan Hernandez itu tidak ada pilihan untuk United membelinya balik.

"Kami ada beberapa pemain yang tidak jatuh cinta dengan gol.

"Mereka bermain bagus, kreatif malah mampu mencipta peluang gol, tetapi secara semulajadinya mereka bukan kategori 'pembunuh'.


"Saya bagi contoh ringkas. Jika kami bermain di Old Trafford dan menguasai permainan di bahagian kotak penalti,  saya yakin Chicharito boleh meraih 20 gol dengan mudah.

"Walaupun hanya bermain sepuluh atau 20 minit terakhir, dia mampu menyumbat 20 gol. Dia adalah pemain semula jadi yang melekat dengan bola ke sana ke sini. Boom! Gol.

"Penjaga gol menyelamatkan bola. Boom! Gol. Hantaran lintang, dia yang akan menjadi pemain awal menanduk ke gawang. Gol.

"Dengan gaya permainan sekarang, kami tidak menjaringkan gol yang cukup, dan pasukan lawan yang tiba di Old Trafford sudah sedar mengenainya. Mereka dapat rasakan keadaan itu dan bermain secara bertahan," ujar Mourinho.

United sebelum ini dilaporkan berminat terhadap penyerang Atletico Madrid Antoine Griezmann, Romelu Lukaku (Everton) dan Alexis Sanchez dari Arsenal.

"Mungkin, mungkin," jelasnya mengenai laporan tersebut.

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Manchester United

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan