Awas Misi PKNS - TCH

Diterbitkan: Sabtu, 8 April 2017 7:54 AM

(Ubah saiz teks)

"PEMAIN Kedah diingatkan supaya tidak memandang rendah kemampuan kesebelasan utama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang sedang memburu slot ke Piala Malaysia.

Peringatan itu diberikan ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe apabila anak didiknya bakal menerima kunjungan PKNS dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman malam ini.

Menurutnya, walaupun Kedah bakal turun dengan misi memburu tiga mata penuh namun lawan juga dibarisi pemain berpengalaman yang perlu diawasi.

“Kita bukan sahaja mahu mencari kemenangan demi memastikan kedudukan di persada Liga Super tetapi kita juga mahu memastikan rekod tanpa kalah kekal.

"Saya tahu bukan mudah untuk menjinakkan PKNS yang di barisi pemain berpengalaman, tetapi apa yang penting semua pemain memberi perhatian sepanjang permainan.

"Pemain perlu sedar akan matlamat lawan kita dan mengekang setiap asakan mereka serta tidak memberi ruang untuk menjaringkan gol," katanya kepada mStar Online.

Tambah Cheng Hoe, status kecederaan pemain yang semakin positif adalah perkhabaran terbaik untuk skuad Hijau Kuning.

“Saya lega kerana pemain tengah, Sandro Da Silva boleh beraksi kembali pada perlawanan malam ini setelah mengalami kecederaan dan terpaksa berehat pada beberapa perlawanan lalu dan kehadirannya pasti akan memantapkan lagi bahagian tengah kita.

"Tetapi kita terpaksa melupakan khidmat Baddrol Bakhtiar dan penjaring dua gol ketika kita pada perlawanan suku akhir Piala FA, Fitri Omar yang mengalami kekejangan otot bahagian pahanya.

"Baddrol telah mengalami kekejangan otot pahanya ketika latihan pada petang kelmarin dan Fitri mengalami kecederaan dalam perlawanan sebelum ini.

"Saya yakin pemain yang bakal mengantikan Baddrol dan Fitri mampu mengalas tugas mereka dengan cemerlang demi memastikan misi pasukan tidak terjejas," ujarnya. 

Tags / Kata Kunci: Tan Cheng Hoe , Kedah , PKNS , Liga Super

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan