KFA Restui Pemergian Tan Cheng Hoe

Diterbitkan: Sabtu, 8 April 2017 3:43 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah memberi penghormatan tinggi buat Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe selepas membantu skuad Helang Merah untuk gah berada di persada Liga Super 2017 selepas lapan perlawanan.

Menurut kenyataan dalam laman Facebook rasmi Menteri Besar Kedah itu, Ahmad Bashah mengakui pernah menerima tekanan untuk melepaskan pengendali tersebut pada musim lalu berikutan aksi goyah pasukan pada awal musim.

Bagaimanapun, kepercayaan tetap diberikan dan akhirnya pasukan berjaya muncul Juara Piala Malaysia 2016 dan terbaharu Juara Piala Sultan Ahmad Shah 2017.

"Apabila saya diberi amanah menjadi Presiden KFA, di sebalik tekanan peminat mahu beliau digugurkan saya terus berikan kepercayaan kepadanya sehingga Kedah menjulang Piala Malaysia 2016, Piala Sumbangsih 2017 dan kini berada di takhta Liga Super.

"Kini khidmatnya ditagih Harimau Malaya dan kita tidak mempunyai masalah melepaskannya selepas menerima pengesahan dari  Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)," katanya menerusi entri tersebut.

Ahmad Bashah berkata, pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cheng Hoe di atas usahanya yang membantu Kedah untuk berada pada satu tahap yang boleh dibanggakan.

Sebelum ini, Cheng Hoe menjadi perhatian penyokong bola sepak tanah air apabila FAM mengesahkannya mahu mendapatkan khidmatnya untuk membantu memulihkan semula imej pasukan kebangsaan.

Jurulatih terbaik 2016 itu bagaimanapun akan terus mengendalikan pasukan Kedah yang akan melayan kunjungan PKNS FC di Stadium Darul Aman pada Sabtu bagi perlawanan kesembilan Liga Super 2017.

Masa depannya hanya akan ditentukan  bersama KFA dan pengurusan FAM dalam satu pertemuan yang akan diadakan selepas ini.

Tags / Kata Kunci: Tan Cheng Hoe , Kedah , Ahmad Bashah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan