Irfan Bakti Belum Puas Hati Prestasi Skuad Penyu

Diterbitkan: Sabtu, 8 April 2017 3:31 PM

IRFAN Bakti (pegang kertas) ketika mengadakan sesi latihan bersama anak buahnya.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pengendali pasukan Terengganu FA, Irfan Bakti Abu Salim masih belum berpuas hati biarpun pasukannya berjaya mencatat kemenangan ke atas Sabah dalam saingan Liga Perdana yang berlangsung malam Jumaat.

Beliau berkata banyak peluang diperoleh anak didiknya namun mereka gagal menterjemahkannya menerusi jaringan gol dalam aksi Liga Perdana yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini.

"Saya agak kecewa dengan persembahan malam tadi (Jumaat)...penyudahnya masih kurang menjadi. Kita harap pemain dapat bangkit dan memperbaiki kelemahan selepas ini.

"Namun saya berpuas hati dengan tiga mata penuh yang diperoleh walaupun mutu persembahan perlu dipertingkatkan," katanya kepada pemberita, di sini.

Skuad Penyu berjaya menumpaskan Sabah dengan jaringan 2-0.

Gol Terengganu muncul hasil jaringan Mohd Faiz Mohd Nasir pada minit ke-32 dan Lazaro Vinicius pada minit ke-51. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Ifran Bakti , Terengganu , Liga Perdana

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan