Gantung Seumur Hidup Untuk 'Kaki Rasuah' - FAM

Diterbitkan: Sabtu, 8 April 2017 5:44 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pemain dan pegawai bola sepak yang terlibat dalam mengatur keputusan perlawanan akan digantung seumur hidup daripada sebarang aktiviti sukan itu.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata keputusan itu adalah antara sasaran baru Exco FAM untuk menangani isu rasuah dalam bola sepak negara.

"Kami (FAM) akan melakukan yang terbaik dengan pihak berkuasa, sama ada polis atau SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk menangani masalah keganasan, mengatur perlawanan dan sebagainya.

"Buat masa ini, jawatankuasa disiplin, jawatankuasa integriti dan semua lembaga disiplin perlu lebih tegas kerana saya tidak berkompromi apabila membabitkan rasuah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco FAM yang pertama sejak jawatankuasa bagi penggal 2017-2021 dilantik pada 25 Mac lepas, di sini pada Sabtu.

Tunku Mahkota Johor itu juga berkata FAM telah memberi akses penuh kepada SPRM untuk menyiasat secara menyeluruh ke atas semua persatuan bola sepak negeri dan kelab serta badan induk itu sendiri, bagi membantu FAM menangani rasuah bola sepak.

Beliau juga berkata penyokong pasukan yang terlibat dalam keganasan sewaktu perlawanan akan juga mengakibatkan pasukan mereka dipotong mata, berbanding hukuman denda kerana gagal mengawal penyokong mereka.

Beliau menjelaskan denda yang dikenakan ke atas persatuan atau kelab tidak mampu menebus kesakitan atau kesukaran yang dialami pasukan terlibat dan penyokong mereka perlu menanggung sama tanggungjawap atas sikap mereka.

"Oleh itu, akan ada potongan mata supaya penyokong sedar apabila mereka mencetuskan kekecohan, mangsa sebenar adalah pasukan mereka, bukannya persatuan atau ahli kelab," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Mengenai pelantikan jurulatih kebangsaan, Tunku Ismail berkata beliau akan menemui beberapa jurulatih luar negara dalam masa terdekat dan dijangka menamakannya dalam masa beberapa minggu lagi.

Mengulas mesyuarat exco itu, beliau berkata FAM bersetuju membayar hutangnya kepada pasukan-pasukan yang membabitkan RM9 juta, sambil menegaskan mereka juga perlu melunaskan hutang masing-masing sebaik menerima pembayaran daripada FAM atau berdepan tindakan serius.

Tunku Ismail mengakui kewangan FAM tidak begitu baik apabila beliau mengambil alih kepimpinan 12 hari lepas dan bagi melunaskan hutang mereka, ia perlu mengambil daripada simpanan tetap, keputusan yang dianggapnya kurang bijak.

Bagaimanapun, beliau berkata faktor itu turut memberi semangat untuk FAM bekerja lebih kuat bagi menambah kantung mereka serta mendapatkan semula dana dan mengatasi kerugian mereka.

Tags / Kata Kunci: FAM

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan