Khairy Harap Penahanan Bookie, Pemain Jadi Pengajaran

Diterbitkan: Jumaat, 7 April 2017 6:01 PM

Tiga pemain Mifa direman selama tujuh hari bermula Jumaat disyaki mengambil rasuah daripada bookie sebagai habuan untuk menentukan keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana Malaysia. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan penahanan seorang bookie dan tiga pemain  Malaysian Indian Sports Council-Malaysian Indian Football Association (MISC-MIFA) bagi membantu siasatan dakwaan mereka terlibat mengatur keputusan perlawanan pada Khamis.

Khairy juga yakin MIFA dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM dan polis berhubung siasatan kes itu, seterusnya mencegah gejala negatif itu daripada terus menular.

"Biarlah kes ini menjadi pengajaran kepada mana-mana pemain serta pasukan lain, dan saya yakin hanya tindakan undang-undang mampu mengatasi masalah rasuah atau bookie," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran larian obor KL2017 pada Jumaat.

Terikut-ikut gaya hidup mewah pemain pasukan lain mungkin punca pemain kelabMISC-MIFA terjebak menerima rasuah atau sogokan untuk mengatur keputusan perlawanan, katanya.

Beliau berkata berdasarkan maklum balas yang diberikan Menteri Kesihatan Datuk Seri S. Subramaniam, yang juga Presiden MIC, bahawa kelab milik MIC itu tidak mempunyai peruntukan yang besar dan pemain tidak dibayar gaji tinggi.

"Saya juga dimaklumkan kemungkinan kes ini berlaku selepas kelab itu layak beraksi di Liga Perdana tahun ini dan pemain-pemainnya mula mendapat perhatian,"katanya.

SPRM menahan tiga pemain MIFA termasuk seorang pemain import pada Khamis kerana dipercayai mengambil rasuah daripada bookie, diikuti dengan penahanan seorang pekerja kedai besi buruk dipercayai sebagai bookie yang menawarkan sejumlah wang dengan nilai ribuan ringgit kepada pemain kelab MISC-MIFA untuk menentukan perlawanan.

Kesemua suspek kini direman tujuh dan enam hari bagi membantu siasatan kesyang disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang membawa kepada hukuman denda lima kali ganda nilai suapan dan penjara 20 tahun. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin , Bookie

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan