Mifa Tidak Maafkan Atur Perlawanan - T. Mohan

Diterbitkan: Khamis, 6 April 2017 5:23 PM

T.Mohan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA) tidak memaafkan amalan mengatur keputusan perlawanan oleh sesiapa di bawah mereka yang jelas bertentangan dengan integriti dan ketelusan.

Presiden MIFA, Datuk T.Mohan berkata persatuan itu tidak akan campur tangan dalam siasatan ke atas tiga pemain mereka yang didakwa terbabit mengatur perlawanan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Sebagai Presiden MIFA, saya ingin tegaskan sekali lagi pendirian persatuan ini tidak pernah ragu-ragu mengekalkan standard tinggi ke atas integriti dan ketelusan dalam pengurusan pasukan.

"Komitmen MIFA dalam sukan khususnya bola sepak akan sentiasa konsisten dengan amalan terbaik sukan di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Mohan, MIFA mendapat tahu kemungkinan beberapa pemain dipengaruhi faktor luar untuk menentukan keputusan perlawanan.

Berikutan itu, katanya MIFA telah melantik jawatankuasa bebas menyiasat dakwaan tersebut dan hasil penemuan yang diperoleh daripada jawatankuasa berkenaan dilaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan lanjut.

"Laporan hari ini adalah hasil tindakan itu," katanya.

Tiga pemain pasukan MISC-MIFA ditahan kerana dipercayai menerima suapan untuk mengatur perlawanan dalam Liga Perdana.

Sumber SPRM berkata, ketiga-tiga pemain berusia antara 26 dan 27 tahun itu dipercayai menerima sekitar RM10,000 hingga RM30,000 daripada bookie dan mereka ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di pejabat SPRM, Putrajaya pada Rabu.

Timbalan Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Azam Baki mengesahkan tangkapan itu.

Sebagai rekod, pasukan MISC-MIFA layak secara automatik ke Liga Perdana pada 2017 selepas mereka mara ke perlawanan akhir Piala FAM 2016.

Tags / Kata Kunci: MISC-Mifa , Datuk T Mohan

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan