Mahu Cari Individu Serius Jadi Jurulatih Kebangsaan - TMJ

Diterbitkan: Khamis, 6 April 2017 6:58 PM

Mario Gomez

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas dilihat sukar untuk mencapai kata sepakat dengan Mario Gomez, calon ketua jurulatih kebangsaan, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim memutuskan untuk mencari individu lain bagi mengisi jawatan itu.

Tunku Ismail dalam satu kenyataan media berkata pihaknya akan mencari calon lain yang betul-betul mahu menjadi jurulatih skuad Harimau Malaya, selepas bekas pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dilihat seolah-olah 'tidak sehaluan' dengan corak pemikiran baginda.

"Saya dimaklumkan bahawa Mario Gomez menafikan beliau meminta gaji yang tinggi. Kami (FAM) menawarkan USD25,000 kepada beliau tetapi beliau meminta USD45,000. Adakah itu bukan beliau meminta lebih daripada apa yang kami tawarkan?

"Tidak mengapalah. Kami akan cari individu lain yang betul-betul mahu menjadi jurulatih Malaysia," katanya.

Pada pertemuan bersama ketua pengarang dan editor sukan media tempatan pada Selasa lepas, Tunku Mahkota Johor mendedahkan bahawa Gomez meminta bayaran lebih tinggi daripada yang diperoleh ketika membimbing JDT. 

Justeru, Tunku Ismail berkata pihaknya masih mengadakan perbincangan dengan Gomez, memandangkan masalah kewangan yang dihadapi oleh FAM pada ketika ini yang kekurangan dana sebanyak RM40 juta.

Media pada Jumaat pula melaporkan bahawa Gomez menafikan beliau meletakkan harga tinggi untuk menjadi jurulatih Harimau Malaya serta menafikan menamakan jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe sebagai penolong beliau.

Pada Kongres ke-53 FAM, 25 Mac lepas, sejurus disahkan sebagai presiden FAM, Tunku Ismail mengumumkan Gomez selaku jurulatih kebangsaan, manakala Datuk Ong Kim Swee pula diberikan tugas mengendalikan skuad bawah 23 tahun (B23) selepas menyingkirkan Frank Berhandt. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Mario Gomez , Tunku Ismail , FAM

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan