Pengurus, Pemain Ditahan Polis

Diterbitkan: Khamis, 6 April 2017 9:39 PM

Polis Sepanyol telah menahan Filippo di Pierro berkaitan dengan skandal menjual perlawanan.

(Ubah saiz teks)

POLIS Sepanyol telah menahan jurulatih kelab divisyen tiga, Fillippo di Pierro bekaitan dengan dakwaan rasuah menjual perlawanan.

Dua pemain kelab Eldense, Gulle Smitarello dan Michael Wayne Fernandez turut hadir di Balai Polis Elda bagi memberi keterangan berkaitan dakwaan tersebut bersama seorang peguam Jose Miguel Esquembre.

Pemain tengah, Smitarello tiba di balai polis untuk memberi keterangan.

Pemain pertahanan, Emmanuel Mendy berkata pada Isnin bahawa penolong jurulatih Fran Ruiz Casares telah memberitahunya mengenai perancangan menjual perlawanan.

Mendy memberitahu Cadena Ser: "Dia bertanyakan kepada saya jika terlibat dalam skandal ini dan berapa jumlah yang saya inginkan dan jika tidak terlibat saya tidak akan bermain.

"Fran menyampaikan perkara itu kepada saya kerana ketua jurulatih tidak fasih berbahasa Sepanyol."

Pada Ahad lalu, pemain simpanan Eldense, Cheikh Saad memberitahu, pemain-pemain akan dibayar 30,000 euro untuk menjual setiap perlawanan.

"Terdapat empat pemain yang terlibat dalam menjual perlawanan ini. Saya tidak peduli apa yang terjadi, tetapi saya akan mendedahkan nama mereka.

"Mereka memberitahu rakan sepasukan bahawa perlawanan ini telah dirancang dan jika ingin bermain dia tidak boleh menjaringkan gol," jelasnya kepada ESPN FC.

Berita memalukan itu menyebabkan Eldense akan tersingkir dari saingan liga divisyen tiga dan mengumumkan untuk menarik diri daripada aksi musim ini yang masih berbaki enam perlawanan.

Pada aksi bertemu Barcelona B, skuad Eldense tewas 12-0 yang menyaksikan pemain-pemain kecewa ketika wisel akhir dibunyikan.

"Barca B tidak ada kaitan dengan perkara ini dan ianya adalah mangsa kepada kegiatan haram ini. Saya gembira ianya telah disiasat dan dipandang serius," jelas jurulatih Barcelona, Luis Enrique.

Tags / Kata Kunci: Eldense , jual perlawanan

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan