Conte Sasar Enam Kemenangan Rangkul Gelaran EPL

Diterbitkan: Khamis, 6 April 2017 9:10 AM

Antonio Conte. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

ANTONIO Conte menyasarkan enam kemenangan lagi untuk merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris, susulan kejayaan pasukan itu menewaskan Manchester City dengan 2-1 di Stamford Bridge, awal pagi Khamis.

Chelsea menunjukkan pasukan tersebut masih berdaya tahan selepas kekalahan mengejut ketika menentang Crystal Palace.

Bagaimanapun, kelab itu kekal dalam kedudukan teratas liga dengan jurang tujuh mata, mendahului Tottenham di tangga kedua.

Conte yang merupakan pengurus Chelsea berkata, pasukannya memerlukan 18 mata dalam baki lapan perlawanan untuk merangkul gelaran itu.

Chelsea bakal berdepan Bournemouth, selepas perlawanan menentang Manchester City.

Conte menyeru Eden Hazard yang meraih gol berganda ketika menentang Manchester City untuk meneruskan misi mencatatkan sejarah pada musim ini. - Mail Online




iklan

Kolumnis

iklan

Iklan