Ramon Marcote Sedia Kembali Ke Kedah

Diterbitkan: Rabu, 5 April 2017 9:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Khabar gembira menanti buat penyokong Kedah apabila jurulatih harapan mereka yang merupakan pencetus revolusi permainan 'tiki-taka' Skuad Hijau Kuning, sudah memberi bayangan untuk kembali ke persada Liga Malaysia.

Ini kerana bekas penolong jurulatih, Ramon Marcote menyatakan kesediaan berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sekiranya disenaraikan sebagai calon bagi menggantikan Tan Cheng Hoe yang melepaskan jawatan jurulatih untuk membantu skuad Harimau Malaya.

Marcote berkata, sejak kebelakangan ini, ramai pihak mengaitkannya dengan Kedah tetapi beliau menganggap perkara itu sebagai khabar angin.

Namun beliau tetap berbangga dan bersyukur kerana penyokong Kedah mahukan dirinya kembali ke Malaysia untuk mengendalikan pasukan pendahulu Liga Super itu.

"Saya seorang jurulatih yang profesional dan mempunyai rasa hormat tinggi terhadap Kedah.

"Sudah pastinya saya akan sedia berbincang dengan KFA jika saya menjadi pilihan.

"Namun tiada tawaran diberikan kepada saya dan buat masa ini perkara tersebut hanya khabar angin dalam media sosial serta bualan orang ramai," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Sebagai rekod, Marcote menyertai Kedah sebagai jurulatih kecergasan pada Januari 2015 dan pernah memangku tugas sebagai jurulatih skuad itu ketika Cheng Hoe mengikuti kursus kejurulatihan lesen A di China.

Ketika itu, Marcote mengiringi pasukan Kedah ke saingan Piala Malaysia 2015 ke perlawanan akhir yang menyaksikan skuad Hijau Kuning tewas 0-2 kepada Selangor.

Selain itu beliau pernah menggalas tugas sebagai seorang daripada jurulatih di kelab terkemuka Sepanyol, Altetico Madrid dan memiliki lesen profesional UEFA.

Malah beliau pernah menjadi ketua jurulatih skuad remaja Atletico Madrid yang dibarisi pemain hebat seperti  Sergio Aguero, Fernando Torres, David De Gea, Koke, Saul Niguez dan ramai lagi pemain berbakat.

Tags / Kata Kunci: Ramon Marcote , Kedah

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan