Mourinho Akui United Sukar Naik Ke Top 4

Diterbitkan: Rabu, 5 April 2017 8:13 AM

Jose Mourinho

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho mengakui sukar untuk Manchester United menduduki empat kelompok teratas dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Perkara ini dinyatakan selepas United mencatat keputusan seri 1-1 ketika menentang Everton di Old Trafford, awal pagi Rabu.

Dengan mengumpul 54 mata, United masih tertinggal empat mata dari pesaingnya Manchester City yang berada di posisi keempat.

"Lebih sukar, sangat sukar. Kalau buat perhitungan ia nampak mustahil tetapi ia bergantung kepada pihak lawan.

"Melalui 20 perlawanan tanpa kalah adalah menakjubkan tetapi terlalu banyak seri di kandang sendiri. Disebabkan itu, kami berada dalam kedudukan seperti sekarang.

"Kami menunjukkan prestasi membina, tetapi tidak cukup menjaringkan gol, kami tidak cukup mengalahkan lawan dan pada akhir musim ini saya fikir kami terpaksa menerima hukumannya," katanya.

Mengenai keputusan seri 1-1 yang dicatatkan dengan Everton, Mourinho berkata dia tetap berpuas hati walaupun gol Zlatan Ibrahimovic dianggap offside.

Katanya hanya ulang tayang video yang dapat menentukan adakah ia benar-benar offside.

"Setelah tekanan demi tekanan, akhirnya kami mendapat gol dan sekurang-kurangnya kami tidak kalah," kata Mourinho.

"Para pemain melakukan segalanya. Penampilan kami dari sudut pandang bola sepak memang tidak bagus, tapi saya amat puas dengan usaha pasukan," katanya.

"Kami menjaringkan dua gol yang sah, tapi saya menyatakannya kepada anda dengan senyuman kerana saya tidak marah dengan pengadil.

"Memang satu keputusan yang sangat sulit untuk dilakukannya, hanya ulang tayang video dapat memutuskannya," katanya.

Keputusan seri ini adalah yang ke-12 bagi United, terbanyak di antara kelab lain yang bertanding. Sembilan daripadanya dicatatkan di Old Trafford.

United masih mempunyai sembilan perlawanan empat daripadanya menentang pasukan di kedudukan teratas iaitu Chelsea, Manchester City, Arsenal dan Totenham Hotspur.

United seterusnya akan bertandang ke markas Sunderland.

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Liga Juara-Juara

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan