Sathia Mahu Pemain Kekal Fokus

Diterbitkan: Selasa, 4 April 2017 9:28 PM

Sathianathan.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ketua jurulatih Felda United FC, B. Sathianathan berpuas hati dengan keputusan menang 3-0 ke atas kelab Filipina, Ceres Negros pada aksi kumpulan Piala AFC di Stadium Shah Alam petang Selasa.

Namun, pengendali berusia 58 tahun itu memberitahu, masih banyak yang perlu diperbaiki terutamanya dari segi disiplin pemain-pemainnya.

"Selepas gol pertama (m-6) sikap pemain sedikit perlahan dan di situ nampak 'lack of discipline' kerana beberapa minit selepas itu terdapat lagi satu atau dua peluang gol. 

"Bagaimanapun secara keseluruhannya saya nampak tahap keyakinan pemain semakin baik dan positif," jelasnya pada sidang media selepas perlawanan.

Dalam pada itu, Sathia mengakui kemenangan ini menjadikan peluang untuk mara ke separuh akhir terbuka untuk merebut tempat terbaik.

"Semestinya semua mahu layak ke aksi seterusnya. Saya sendiri mahu melihat pasukan mara ke separuh akhir.

"Cuma pemain-pemain perlu terus fokus dan tidak leka dengan kejayaan hari ini," ujarnya.

Pada aksi pertama bertemu Ceres bulan lalu, kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan.

Sebagai rekod, pada perlawanan pertama Februari lalu, Felda United tewas 2-1 kepada kelab Singapura, Tampines Rovers, seri 1-1 ke atas Hanoi FC (Vietnam).

The Fighters masih berpeluang mara ke separuh akhir sekiranya mereka berjaya mencatat baki dua perlawanan kedua bertemu Tampines Rovers (19 April) dan Hanoi FC (3 Mei) ini.

Felda United berada Kumpulan G Piala Asia (Zon Asean) bersama Ceres Negros, Hanoi dan Tampines Rovers. 

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan