Moyes Mohon Maaf Ugut Tampar Wartawan Wanita

Diterbitkan: Selasa, 4 April 2017 7:15 AM

(Ubah saiz teks)

DAVID Moyes memohon maaf kepada wartawan BBC, Vicki Sparks selepas mengugut untuk menampar wanita itu pada masa akan datang susulan temubual selepas Sunderland terikat seri 0-0 dengan Burnley, Mac lalu.

Malah Moyes dilaporkan meminta wanita itu supaya lebih berhati-hati selepas ini.

Rakaman insiden itu berjaya dirakam kamera selepas Sparks selesai menemubual Moyes.

Moyes dilaporkan tidak berpuas hati dengan soalan yang diajukan Sparks.

Dalam rakaman video yang disiarkan dalam laman web Daily Star, Moyes berkata:"Saya tidak teragak-agak untuk menampar anda walaupun anda wanita... jadi anda perlu lebih berhati-hati selepas ini."

Jurucakap BBC memberitahu laman web itu bahawa Moyes telah memohon maaf kepada Sparks dan wanita itu telah memaafkannya.

"Moyes dan wartawan itu bercakap antara satu sama lain selepas insiden itu dan perkara tersebut telah diselesaikan secara baik," kata jurucakap BBC.

Dalam pada itu, Moyes telah mengadakan sidang media pada Isnin dengan memberitahu media bahawa dia kesal dengan insiden tersebut.

"Saya amat menyesal dengan kenyataan yang dibuat. Saya menerima kesalahan itu. Saya telah bercakap dengan wartawan BBC yang menerima permohonan maaf saya," katanya.

Tags / Kata Kunci: David Moyes , tampar , wartawan BBC

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan