Taegeuk Ladies Kembali Ke Korea Utara Selepas 27 Tahun

Diterbitkan: Selasa, 4 April 2017 12:27 PM

(Ubah saiz teks)

PASUKAN bola sepak wanita Korea Selatan tiba di Pyongyang buat kali pertama selepas tahun 1990 bagi menyertai kelayakan Piala Asia Konfederasi Asia (AFC) Wanita Jordan 2018 pada Isnin.

Dua pasukan Korea itu bakal beraksi pada Jumaat ini di Stadium Kim Il Sung yang terletak di bandaraya Pyongyang.

Seramai 40 pemain dan pegawai Taegeuk Ladies tiba di Korea Utara bersama sepuluh orang wartawan.

Sementara itu, ketua jurulatih Korea Selatan, Yoon Deok-Yeo pernah tiba di Pyongyang 27 tahun lalu sebagai pemain ketika itu.

"Kami berpendapat bidang sukan dan politik adalah sesuatu yang berbeza. Kami sentiasa percaya bahawa akan sentiasa bersedia untuk terus bersaing," jelas Yoon.

Manakala pemain tengah Korea Selatan Jung Hae-in berkata: "Ini adalah pengalaman pertama  tiba di sini. Saya berasa teruja, tidak biasa dan perasaan ingin tahu.

"Kami tidak melakukan persiapan tambahan dan hanya menjalani latihan harian. Namun kami amat bersedia dan akan menunjukkan prestasi terbaik".

Korea Selatan tetap yakin akan memberi saingan biarpun rekod sebelum ini menunjukkan mereka tewas kepada Korea Utara pada Sukan Asia 2014 dan Piala Asia Timur 2015.

Pada perlawanan pertama pusingan kelayakan Kumpulan B ini menyaksikan tuan rumah telah menewaskan India 8-0.

Sebagai rekod, Korea Utara merupakan juara Piala Asia sebanyak tiga kali pada tahun 2001, 2003 dan 2008.

Kumpulan B: Korea Utara, Korea Selatan, India, Hong Kong dan Uzbekistan


iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan