Felda United Mudah Tundukan Ceres Negros

Diterbitkan: Selasa, 4 April 2017 6:45 PM

PEMAIN import Felda United, Gaston Andres Cellerino (dua dari kanan) cuba menggelecek pemain Ceres Negros, Jeffrey Christiaens (kanan) ketika aksi Piala AFC di Stadium Shah Alam pada 4 April 2017. - IZZRAFIQ ALIAS / The Star

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Felda United FC akhirnya berjaya meraih tiga mata penuh pada aksi Kumpulan G,  Piala AFC (Zon Asean) selepas menewaskan kelab dari Filipina, Ceres Negros 3-0 di Stadium Shah Alam, petang Selasa.

Felda United yang sebelum ini hanya mencatat keputusan dua seri dan satu tewas, tampil dengan aksi yang lebih bertenaga dan mendominasi perlawanan apabila membuka jaringan seawal minit keenam menerusi Muhammad Syahid Zaidon.

Susulan gol pertama itu, The Fighters menggandakan asakan dan berpeluang menambah jaringan menerusi empat percubaan sepakan percuma, namun gagal menambah derita pasukan pelawat.

Pada minit ke-42 anak buah B.Sathianathan itu juga hampir menyumbat gol kedua, namun sepakan kapten pasukan, Zah Rahan Krangar tersasar selepas menerima hantaran cantik di depan gol lawan oleh Gaston Andres Cellerino.

Bersambung ke babak kedua, Felda United meneruskan rentak permainan yang kemas dengan beberapa percubaan berbahaya dan akhirnya pemain tengah, Hadin Azman berjaya menambah gol Felda United pada minit ke-65.

Tidak cukup dengan dua jaringan, Felda United terus mengukuh kedudukan dengan gol ketiga menerusi pemain simpanan Mohamad Fazrul Hazli pada minit ke-76.

Keputusan 3-0 kekal sehingga pengadil dari Arab Saudi, Shukri Hussain Alhunfush meniupkan wisel penamat.

Pada aksi pertama bertemu Ceres Negros bulan lalu, kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan.

Sebagai rekod, pada perlawanan pertama Februari lalu, Felda United tewas 2-1 kepada kelab Singapura, Tampines Rovers, seri 1-1 ke atas Hanoi FC (Vietnam).

Felda United masih berpeluang mara ke separuh akhir sekiranya mereka berjaya mencatat kemenangan dalam baki dua perlawanan ketika bertemu Tampines Rovers (19 April) dan Hanoi FC (3 Mei) ini.

Felda United kini menduduki tangga pertama Kumpulan G dengan berkongsi lima mata bersama tiga pasukan lain, tetapi Tampines Rovers dan Hanoi FC masih kekurangan satu perlawanan.

Tags / Kata Kunci: Felda United

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan