Tan Cheng Hoe Perjelas Tindakan Tinggalkan Kedah

Diterbitkan: Isnin, 3 April 2017 10:29 AM

(Ubah saiz teks)

"SAYA harap semua pihak termasuk penyokong memahami keputusan untuk meletak jawatan."

Demikian penjelasan Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe yang terpaksa meninggalkan skuad hijau kuning bagi menyahut panggilan skuad Harimau Malaysia.

Khabar angin bahawa penerima anugerah jurulatih terbaik 2016 itu akan menyertai skuad kebangsaan sebagai penolong jurulatih berakhir apabila beliau mengesahkan telah meletak jawatan.

Perletakan jawatan itu dibuat selepas Kedah menewaskan PKNP 6-1 dalam siangan Piala FA di Stadium Darul Aman pada Sabtu lalu.

Menurut Cheng Hoe, beliau terpaksa meletak jawatan walaupun tindakan itu bakal menghampakan penyokong skuad berkenaan.

"Saya berharap peminat dan pemain serta barisan kejurulatihan dapat memahami keputusan saya meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Kedah, walaupun sukar tapi saya perlu berbuat demikian untuk membantu skuad kebangsaan.

"Setelah bersama Kedah sejak pertengahan 2015, saya telah mendapat kerjasama dari pegawai tertinggi Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dengan baik selain pemain dan rakan setugas. Terima kasih kepada semua.

"Saya melalui banyak pengalaman manis bersama kedah kerana kami berjaya menjuarai Liga Premier, naib juara Piala Malaysia 2015 dan menjuarai Piala Malaysia serta menduduki tempat ketiga pada tangga Liga Super musim lalu," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Cheng Hoe selain itu turut yakin penggantinya Mohd Nidzam Adzha Yusof mampu mengendalikan pasukan Kedah untuk menghadapi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

"Saya yakin Nidzam dapat membimbing pasukan ini kerana sebelum saya dilantik sebagai ketua jurulatih, beliau merupakan individu penting di sini, malah beliau juga telah berjaya membimbing skuad ini ketika ketiadaan saya.

"Kejayaan Kedah tidak terletak pada saya sahaja tetapi pemain yang ada kerana mereka telah memberi komitmen dan berjuang demi Kedah," katanya.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Liga Super , Liga Malaysia

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan