Sedih Lepas Cheng Hoe Demi Negara - Penyokong Kedah

Diterbitkan: Isnin, 3 April 2017 3:27 PM

Ihsan Goal.com

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Berita peletakan jawatan Tan Cheng Hoe sebagai jurulatih bola sepak Kedah, mengejutkan penyokong yang rata-rata sedih kehilangan pengendali yang berjaya menaikkan semula nama skuad Lang Merah.

Presiden Kelab Penyokong Jaguh Utara, Mohd Safarizal Mohd Sobri berkata, melalui taktik yang diterapkan Tan seperti penekanan kepada teknik hantaran pendek, Kedah mula menampakkan kemajuan secara agresif.

"Pemergiannya agak merugikan pasukan kerana ketika ini Kedah berada di kemuncak prestasi dan pasukan masih memerlukannya.

"Bagaimanapun, penyokong Kedah menerima keputusan ini walaupun ia agak perit. Kami relakan demi kemajuan bola sepak negara dan berharap pengganti beliau mampu memberi komitmen lebih tinggi," katanya kepada Bernama. 

Nama Cheng Hoe yang membawa Kedah muncul sebagai juara Piala Malaysia musim lalu disebut-sebut bakal dilantik sebagai pembantu jurulatih pasukan Harimau Malaysia. 

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dalam satu kemas kini status menerusi akaun Facebook rasmi FAM, malam tadi menjelaskan pemilihan Cheng Hoe dibuat sendiri jurulatih kebangsaan, Mario Gomez tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Cheng Hoe mengesahkan beliau telah menyerah surat peletakan jawatan sebagai pengendali skuad Lang Merah kepada Persatuan Bola Sepak Kedah, Sabtu lepas.

Pengerusi Kelab Penyokong Setia Hijau Kuning, Mohd Noor Farzli Adenan pula berkata beliau agak terkilan dengan keputusan itu kerana ketika ini Kedah masih dalam misi menjuarai Piala FA, selepas hampir mengesahkan tempat ke separuh akhir. 

"Penyokong berharap situasi ini tidak menjejaskan misi Kedah memburu Piala FA. Hakikatnya penyokong terhutang budi dengan Tan yang telah banyak berjasa kepada Kedah.

"Kita tahu Tan mempunyai perancangan mengembangkan karier dalam bola sepak.

Beliau berbakat besar dan kita harap bola sepak negara dapat dibawa ke tahap lebih tinggi selepas ini," katanya.

Cheng Hoe sebelum ini pernah menjadi pembantu jurulatih kepada Datuk K. Rajagobal yang membawa skuad negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010.

Antara pencapaian Cheng Hoe di Kedah adalah membawa pasukan itu ke separuh akhir Piala Malaysia 2014, naib juara Piala Malaysia 2015, juara Liga Perdana 2015, dan tempat ketiga Liga Super 2016 selain menjuarai Piala Malaysia 2016 dan Piala Sultan Ahmad Shah Januari lepas.

Tags / Kata Kunci: Tan Cheng Hoe , Kedah

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan