Giliran Luke Shaw Keluar Man United

Diterbitkan: Isnin, 3 April 2017 9:38 AM

(Ubah saiz teks)

LUKE Shaw semakin menghampiri 'pintu keluar' Manchester United selepas Jose Mourinho membandingkan sikapnya dengan tiga lagi pemain pertahanan kiri.

Pemain berusia 21 tahun itu dikatakan gagal menyaingi Ashley Young, Matteo Darmian dan Daley Blind untuk kembali dalam kesebelasan utama.

Shaw yang tidak disenaraikan dalam skuad menentang West Brom pada Sabtu hanya diturunkan sekali sahaja pada Januari lalu.

"Agak susah untuk dia berada di bangku simpanan kerana saya tidak dapat membandingkan dirinya dengan Ashley Young, Matteo Darmian dan Daley Blind.

"Saya tidak dapat bandingkan cara dia berlatih, cara dia fokus, komitmen yang diberikan dan hala tujunya," jelas Mourinho.

Shaw menyertai United dengan nilai £32 juta pada 2014. Bagaimanapun pemain England itu terpaksa berehat panjang selepas patah kaki.

Sepanjang musim ini dia hanya diturunkan dua kali dalam kesebelasan utama Mourinho dan jurulatih kelahiran Portugal itu mempunyai banyak pilihan bagi pertahanan kiri.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , EPL

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan