KFA Minta Cheng Hoe Kemuka Surat Tawaran FAM Terlebih Dahulu

Diterbitkan: Isnin, 3 April 2017 7:54 PM

Tan Cheng Hoe.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) meminta ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe mengemukakan surat tawaran rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sebelum KFA membuat sebarang keputusan. 

Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pihaknya mengakui ada menerima notis penamatan kontrak daripada Cheng Hoe pada 1 April lalu, dan telah meneliti isi kandungan surat berkenaan.

"Hasil penelitian KFA terhadap kandungan surat itu, pihak pengurusan tertinggi KFA meminta Tan Cheng Hoe mengemukakan surat tawaran rasmi daripada FAM mengenai pelantikan beliau sebagai penolong jurulatih pasukan kebangsaan terlebih dahulu.

"Selagi tiada tawaran rasmi dan pengesahan daripada FAM, KFA tidak akan membuat apa-apa keputusan mengenai kedudukan ketua jurulatih itu dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Beliau berkata setakat ini, pihaknya juga tidak menerima permohonan rasmi daripada FAM mengenai hasrat badan induk bola sepak negara itu untuk melantik Cheng Hoe sebagai penolong jurulatih pasukan kebangsaan.

"Secara status quo, Tan Cheng Hoe masih kekal sebagai ketua jurulatih pasukan Kedah kerana beliau masih terikat dengan kontrak perkhidmatan bersama KFA, dan KFA akan membuat keputusan selanjutnya selepas ini," katanya.

Cheng Hoe pada Isnin mengesahkan beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai jurulatih skuad Lang Merah kepada KFA, Sabtu lepas. 

Jurulatih itu berkata, beliau kini masih menunggu maklum balas daripada KFA. 

Nama Cheng Hoe yang telah membawa Kedah muncul juara Piala Malaysia musim lalu disebut-sebut bakal dilantik sebagai penolong jurulatih pasukan kebangsaan.

Beliau dikatakan menjadi pilihan Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk membantu Mario Gomez yang dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan, pada 25 Mac lepas. 

Sejak menggalas tugas sebagai jurulatih Kedah pada 2014, Cheng Hoe berjaya membimbing Kedah menjuarai Piala Malaysia musim lalu, dan dalam saingan Liga Super musim ini, Kedah kini di tangga teratas dengan 18 mata daripada lapan perlawanan.

Tags / Kata Kunci: Tan Cheng Hoe

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan