Skuad Kebangsaan Kembali Guna Gelaran Harimau Malaya

Diterbitkan: Isnin, 3 April 2017 5:25 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Skuad bola sepak kebangsaan akan kembali menggunakan gelaran Harimau Malaya, bagi menggantikan nama Harimau Malaysia yang diguna pakai sekarang.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, penukaran nama tersebut merupakan titah presiden, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Ia juga selaras dengan permintaan ramai penyokong yang mahukan nama itu digunakan kembali berdasarkan sejarah-sejarah yang pernah dilakar oleh pasukan kebangsaan di zaman kegemilangan bola sepak. 

“Oleh itu, laman rasmi Harimau Malaysia akan ditutup berkuat kuasa serta-merta dan segala maklumat terkini mengenai bola sepak tanah air hanya akan dikemaskini di laman rasmi FAM,” katanya dalam satu kenyataan di halaman rasmi FAM di Facebook, petang Isnin.

Hamidin berkata, semoga kebangkitan semula Harimau Malaya akan memberi sinaran baharu untuk pembangunan bola sepak tanah air jangka panjang.

Pada Februari 2016, FAM mengumumkan nama Harimau Malaysia sebagai gelaran rasmi baharu skuad bola sepak kebangsaan bagi menggantikan Harimau Malaya.

Berdasarkan sejarah, nama gelaran Harimau Malaya itu pada asalnya merujuk kepada penyerang kebangsaan era 1940-an hingga 1950-an, Allahyarham Dollah Don (nama sebenar Abdullah Mohd Don) apabila gelaran tersebut diberikan kepada beliau oleh Presiden Indonesia ketika itu, Sukarno selepas menyaksikan kehebatannya dalam satu perlawanan pada tahun 1953.

Sejak itu gelaran Harimau Malaya terus melekat kepadanya sehingga skuad kebangsaan Malaysia turut digelar sebagai Harimau Malaya selama lebih 50 tahun.

Namun dilaporkan bahawa gelaran Harimau Malaya itu sudah tidak sesuai memandangkan perkataan Malaya tersebut sendiri tidak lagi diguna pakai secara menyeluruh di negara ini sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Tags / Kata Kunci: FAM , Harimau Malaya , Harimau Malaysia

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan