Felda United Mahu Tiga Mata - Sathianathan

Diterbitkan: Isnin, 3 April 2017 4:00 PM

Ketua Jurulatih Felda United, B. Satianathan (kanan) memberi arahan kepada pemainnya ketika menentang pasukan Hanoi FC dari Vietnam pada saingan kumpulan G Piala AFC di Stadium Shah Alam pada 7 Mac 2017. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Wakil negara, Felda United FC mahu memastikan kemenangan bagi meningkatkan moral pasukan apabila menentang Ceres Negros dari Filipina dalam saingan Kumpulan G Piala AFC di Stadium Shah Alam, Selasa.

Ketua jurulatih naib juara Liga Super 2016 itu, B. Sathianathan percaya pemainnya mampu menampilkan saingan hebat bagi memastikan tiga mata berharga di gelanggang sendiri.

"Jika kami menang esok (Selasa), ia mampu meningkatkan semangat pasukan dan kami boleh melonjak ke tangga ketiga atau kedua dalam Kumpulan G.

"Apa yang lebih penting, ia akan meningkatkan keyakinan pemain termasuk bagi saingan Liga Malaysia nanti," katanya kepada pemberita dalam sidang media, di sini pada Isnin.

Bagi perlawanan esok, Felda United dijangka dapat menurunkan barisan utamanya kecuali ketua pasukan, Shukor Adan yang mengalami kecederaan belakang dan pemain import dari Argentina, Lucas Cano yang menjalani penggantungan.

Sementara itu, ketua jurulatih Ceres Negros, Risto Vidakovic menjangkakan perlawanan yang sengit selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan dalam pertemuan pertama di Bacolod, Filipina, bulan lalu.

"Sudah tentu kami akan melakukan rombakan kerana ini permainan berbeza di gelanggang berlainan. Kami sudah tahu kemampuan Felda selepas pertemuan pertama dan saya berani katakan ia pasti permainan sukar untuk kedua-dua pasukan.

"Semua empat pasukan dalam kumpulan ini adalah kuat dan anda boleh lihat kutipan mata yang tidak jauh antara pasukan teratas dan tercorot yang hanya dipisahkan dengan tiga mata," katanya menurut laporan Bernama.

Satu lagi perlawanan Kumpulan G adalah antara kelab dari Vietnam, Hanoi FC yang menentang Tampines Rovers di Singapura, pada hari yang sama.

Tags / Kata Kunci: Felda United

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan