Seri Dengan City, Arsenal Lepasi Ujian Mental - Wenger

Diterbitkan: Isnin, 3 April 2017 7:45 AM

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata sesuatu kepada pemainnya ketika perlawanan menentang Manchester City, awal pagi Isnin. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

ARSENAL yang gagal meraih sebarang mata daripada dua perlawanan terakhir mereka berjaya mencatat keputusan seri 2-2 dalam perlawanan menentang Manchester City di Stadium Emirates, awal pagi Isnin.

Walau gagal mendapat mata penuh, pengurus The Gunners, Arsene Wenger masih memberikan pujian kepada pemainnya.

Dalam perlawanan ini, Arsenal dua kali ketinggalan, kali pertama menerusi gol Leroy Sane (5') dan kedua, menerusi gol Sergio Aguero (42').

Dua gol penyamaan The Gunners dijaringkan oleh Theo Walcott (40') dan Shkodran Mustafi (53').

Satu mata yang diperolehi daripada pertandingan ini sangat bermakna bagi Arsenal kerana dalam dua perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris, mereka kalah dengan Liverpool dan West Bromwich Albion.

Wenger memuji pemainnya kerana mampu menunjukkan mental yang baik sepanjang pertandingan berlangsung.

Dalam pada itu, pengurus berusia 67 tahun itu juga berpendapat bahawa Arsenal mampu bermain dengan lebih baik.

"Pada awal permainan, kami tampil gugup. Saya bimbang kami terlewat untuk memulakan permainan disebabkan tekanan berterusan yang kami hadapi," kata Wenger kepada BBC.

"Kami tidak mampu menunjukkan penampilan terbaik kerana tekanan tersebut, tetapi pasukan menunjukkan kekuatan dari segi mental.

"Kalau diikutkan pengiraan, keputusan seri bukan penyelesaian terbaik bagi kedua-dua pasukan, tetapi ia sangat membantu kami," ujarnya.

Seterusnya, Arsenal akan berdepan West Ham United awal pagi Khamis.

Tiga mata tentu menjadi sasaran utama demi membuka peluang untuk mereka kembali ke kelompok empat teratas atau zon Liga Juara-Juara.

Ketika ini mereka masih berada di posisi keenam carta liga.

"Kami berada dalam pertempuran yang sukar untuk kembali ke kelompok empat teratas," kata Wenger.

"Saya seorang yang profesional dan telah menunjukkan kesetiaan sejak dulu. Saya sangat mencintai kelab ini dan tidak tahu berapa lama lagi akan bertahan di sini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Arsene Wenger , Arsenal

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan