Penyokong Arsenal Guna Van Protes Terhadap Wenger

Diterbitkan: Ahad, 2 April 2017 9:09 PM

(Ubah saiz teks)

PENYOKONG Arsenal meneruskan protes terhadap pengurus Arsene Wenger buat kali keempat berturut-turut menjelang pertembungan dengan Manchester City di Stadium Emirates, malam Ahad.

Pada perlawanan kali ini, sekumpulan penyokong mengupah seorang pemandu van untuk berarak membawa papan tulisan yang menggesa Wenger supaya meninggalkan Arsenal di sekitar jalanan di utara London.

Gambar van dekat Stadium Emirates itu dikongsi dalam laman media sosial pada Ahad menjelang pertembungan penting dengan City.

"20 tahun di Eropah dan kami masih menunggu" merupakan kata-kata yang tertera pada papan yang diarak di atas van tersebut.

Khabar angin Wenger akan menandatangani kontrak baharu selama dua tahun semakin bertiup kencang meskipun dia pada Khamis memberitahu tiada tawaran sudah dimuktamadkan.

Namun Wenger tanpa berselindung mengakui dia masih mahu menabur bakti untuk Arsenal.

"Bersara adalah untuk orang muda. Bagi orang tua persaraan adalah kematian. Saya masih lagi menonton setiap perlawanan bola sepak. Saya dapati ia menarik," katanya.

Tags / Kata Kunci: van protes , Arsene Wenger

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan