Piala FA: FMLLP Siasat Pahang Tidak Main Lagu Johor

Diterbitkan: Ahad, 2 April 2017 3:17 PM

Pemain Pahang Sumareh Mohamadou (kiri) diasak pemain JDT Mohamad Fadhli Mohd Shas pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur malam Sabtu. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) akan menyiasat secara terperinci dakwaan Pahang tidak memainkan lagu rasmi negeri Johor dan tidak membenarkan penyokong pasukan pelawat memasuki Stadium Darul Makmur pada aksi suku akhir pertama Piala FA, Sabtu.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, FMLLP berkata, mereka akan mendapatkan laporan penuh Komisioner Perlawanan dan pegawai yang terlibat mengendalikan perlawanan yang berlangsung di Kuantan itu.

"FMLLP dimaklumkan dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA antara Pahang dan JDT pada Sabtu, pasukan tuan rumah tidak mempamerkan semangat kesukanan dengan tidak memainkan lagu rasmi negeri pasukan pelawat.

"Malah mereka juga tidak membenarkan penyokong pelawat memasuki stadium. Selain itu, fasiliti media yang disediakan tidak mencapai standard minimum pertandingan," demikian menurut kenyataan FMLLP.

Tegas FMLLP, pasukan Pahang akan dikenakan tindakan sewajarnya jika dakwaan tersebut terbukti benar.

"Jika terbukti dakwaan ini benar, FMLLP akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Ini kerana tiada tempat di Liga Malaysia pada era baru ini bagi mereka yang tidak mengamalkan semangat kesukanan kepada pasukan dan penyokong pasukan pelawat," katanya.

Pada perlawanan tersebut, JDT tewas 1-3 di tangan Pahang sekali gus membolehkan pasukan kendalian jurulatih Dollah Salleh itu meraih bekalan selesa untuk mara ke separuh akhir Piala FA.

Beraksi di hadapan 35,000 penyokong, skuad Tok Gajah membuka jaringan seawal minit ke-13 menerusi Ahmad Syamim Yahya, namun skuad Harimau Selatan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-21 menerusi pemain pertahanan import dari Brazil, Marcos Antonio Elias Santos.

Bersambung separuh masa kedua, Pahang menambahkan jaringan menerusi pemain import dari Brazil, Matheus Alves Leandro pada minit ke-48 dan pemain import dari Nigeria, Chinedu Bright Ezendu Dike pada minit ke-66.

Namun, kedudukan selesa itu mungkin berubah apabila Pahang berkunjung ke kubu kuat JDT di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, untuk perlawanan timbal balik pada 23 April ini.

Tags / Kata Kunci: Pahang , JDT , Piala FA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan