Chelsea Patut Dapat Keputusan Seri - Conte - Bola Sepak | mStar

Chelsea Patut Dapat Keputusan Seri - Conte

Diterbitkan: Ahad, 2 April 2017 7:48 AM

Pemain Chelsea, David Luiz (dua, kiri) kelihatan kecewa. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

ANTONIO Conte percaya Chelsea layak mendapat sekurang-kurangnya satu mata daripada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Crystal Palace, malam Sabtu.

The Blues mencatat keputusan di luar dugaan 1-2 di hadapan penyokongnya sendiri ketika menerima kunjungan skuad asuhan Sam Allardyce.

Tuan rumah memimpin terlebih dahulu menerusi gol Cesc Fabregas, tapi Palace berjaya mengubah keadaan menerusi gol Wilfried Zaha dan Christian Benteke.

Kekalahan ini bagaimanapun tidak menggugat kedudukan Chelsea yang berada di puncak liga dengan perbezaan tujuh mata dari Tottenham yang berada di belakangnya.

Mengulas kekalahan Chelsea, Conte berkata pasukannya itu layak mendapat keputusan seri di Stamford Bridge.

"Saya fikir hari ini kami layak mendapat sekurang-kurangnya keputusan seri. Saya tidak mahu kata menang, tapi setidaknya-tidaknya keputusan seimbang," kata Conte memetik laman rasmi kelab.

"Kami mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol, kami menguasai perlawanan ketika melawan pasukan yang sangat kuat dengan pemain yang sangat baik. Sayang sekali kerana hari ini bukan hari kami," katanya.

Katanya Chelsea harus segera melupakan kekalahan ini dan memikirkan perlawanan seterusnya, menentang Manchester City.

Tags / Kata Kunci: Chelsea , Antonio Conte
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan