"Usah Terburu-buru Wahai FAM" - Annuar Musa

Diterbitkan: Sabtu, 1 April 2017 9:30 AM

Annuar Musa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya tidak tergesa-gesa menjatuhkan hukuman ke atas pasukan yang masih belum melunaskan bayaran gaji pemain masing-masing kerana ia tidak akan menyelesaikan isu itu.

Beliau berkata tindakan memotong mata liga mana-mana pasukan yang berdepan masalah tunggakan gaji bukan jalan penyelesaian terbaik.

"Tak usah terburu buru wahai FAM... potong mata bukan jln penyelesaian..kalau potong leher sekali pun. Bukan soal team tak mahu bayar biasanya, tapi kalau dah tiada wang dalam tangan (atas pelbagai sebab biasanya),ugutan tak selesaikan masalah.

"Untuk Kafa, saya yakin isu dua bulan gaji beres sehari dua lagi sebaik sumbangan RM2 juta yang sudah diperolehi diterima oleh bank pembayar... tunggu cek diterima sahaja.

"Usah bimbang... bukan setakat gaji, tapi yang lain-lain juga sedang kita bantu secara berperingkat...insya-Allah," katanya menerusi Facebook pada Jumaat.

Pada Rabu, Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) bersetuju dengan cadangan penolakan mata oleh Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) terhadap enam pasukan Liga Malaysia yang gagal melunaskan gaji pemain mereka.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Izham Ismail berkata, sudah tiba masanya pelaksanaan potongan mata ini disegerakan kerana ia membawa mesej jelas bahawa isu tunggakan gaji adalah perkara serius dan perlu dibasmi sepenuhnya.

The Star pada Rabu melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam sebagai berkata, enam pasukan mempunyai tempoh masa sehingga Jumaat ini untuk menyelesaikan kes tunggakan gaji pemain dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan mereka berdepan pemotongan mata.

Jelas Kevin, dua pasukan Liga Super dan empat Liga Perdana masih gagal membayar tunggakan gaji pemain berjumlah RM5 juta selain cukai pendapatan dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , FAM , tunggakan gaji

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan