Jurulatih Bukan Ahli Silap Mata - Presiden FAP

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mac 2017 3:24 PM

Zairil (kiri) bersama Zainal Abidin pada majlis pengumuman jurulatih Pulau Pinang Jumaat lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Zairil Khir Johari meminta supaya penyokong pasukan negeri itu memberi masa kepada pengendali baharu skuad Harimau Kumbang.

Menurut Zairil, Zainal Abidin Hassan merupakan salah seorang legenda bola sepak terkenal dan yakin sentuhannya mampu mengubah prestasi skuad Pulau Pinang.

"Saya nampak pemain-pemain kembali bersemangat untuk bangkit. Mungkin sebelum ini mereka hilang motivasi selepas keputusan yang tidak baik sejak liga bermula.

"Diharap dengan adannya jurulatih baharu ini, setuasi akan berubah menjadi lebih baik," jelasnya ketika ditemui mStar online baru-baru ini.

Dalam pada itu Zairil turut berharap agar semua penyokong Pulau Pinang memberi masa kepada Zainal Abidin untuk menguruskan skuad dengan lebih baik.

"Dalam bola sepak, nak dapat hasil serta merta memang payah sikit. Segala yang kita buat perlukan masa.

"Jurulatih baharu bukan ahli silap mata dan perlukan satu tempoh untuk melihat perubahan," ujarnya.

Selain itu, Zainal Abidin yang dihubungi memberitahu bahwa dia gembira dengan penerimaan pemain serta penyokong pasukan ini.

"Pemain-pemain cepat menerima situasi baharu dan ia sesuatu yang baik bagi saya dalam misi mencari keputusan perlawanan positif selepas ini.

"Apabila menerima tugas ini, bermakna saya sudah bersedia untuk memberikan yang terbaik," jelasnya yang dilantik sebagai ketua jurulatih Pulau Pinang minggu lalu.

Zainal Abidin mengambil alih tugas Ashley Westwood  melepaskan jawatannya selepas mencapai kata sepakat berhubung prestasi hambar pasukan sejak awal musim.

Pulau Pinang berada di tangga tercorot Liga Super musim ini dengan hanya mengutip dua mata daripada lapan perlawanan.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan