Norhuda Harap Bola Sepak Wanita Terus Diberi Perhatian

Diterbitkan: Rabu, 29 Mac 2017 7:19 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Norhuda Ahmad mengakui beliau tidak ada rasa terkilan selepas tewas dalam undian jawatan exco wanita pada Kongres Persatuan Bola Sepak (FAM) Sabtu lalu.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM itu berkata, beliau percaya dua calon yang menang merupakan gandingan yang lebih baik berbanding dirinya.

"Walaupun hanya tewas dengan satu undian, saya tidak berasa terkilan kerana percaya Datuk Suraya Yaacob dan Shafizah Umamah Abdul Mutalib calon yang lebih sesuai untuk menaikkan lagi sukan bola sepak wanita.

"Malah saya pasti mereka akan meneruskan perjuang bola sepak wanita seperti mana yang telah dilakukan oleh barisan kepimpinan sebelum ini," jelasnya kepada mStar Online.

Norhuda juga turut memberitahu, walaupun hanya tempoh yang singkat (tiga tahun) bersama FAM, beliau amat gembira kerana berjaya menarik kembali minat golongan wanita untuk menceburi sukan bola sepak.

"Dengan sokongan FAM dan pelbagai agensi serta barisan ahli jawatankuasa saya, kami telah berjaya mengadakan Liga Bawah 14 dan Bawah 16 Tahun tahun lalu bagi program akar umbi.

"Malah turut memulakan Liga Bola Sepak Rakyat Wanita (LBRW) dengan menyaksikan sebanyak 15 pasukan bertanding.

"Ia sesuatu yang amat positif kerana semakin banyak negeri yang menghantar pasukan berbanding sebelum ini.

"Dan apa yang paling menarik adalah, kami berjaya mengembali semula kejohanan tertua bola sepak wanita iaitu Piala Tun Sharifah Rodziah yang berhenti bertanding sejak tahun 2004.

"Namun dengan inisiatif kami, kejohanan yang dimulakan pada tahun 1976 itu kembali bersaing sejak 2015.

"Dan tidak dinafikan skuad bola sepak wanita kebangsaan  juga berada di landasan tepat dalam persiapan Sukan SEA Ogos ini selepas berjaya memenangi 'Women Development Tournament' baru-baru ini ," jelas Norhuda.

Norhuda memberitahu, beliau percaya barisan kepimpinan baharu yang diterajui Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal melonjakkan lagi sukan bola sepak negara.

"Beliau seorang yang masih muda dan berwawasan. Saya berharap bola sepak wanita akan lebih maju serta terus diberi perhatian dalam memartabatkan pasukan wanita di peringkat antarabangsa," katanya.

Norhuda tewas satu undi kepada Shafiza (18) manakala Suraya meraih 24 undi.

Tags / Kata Kunci: Datuk Norhuda Ahmad , FAM

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan