Tidak Perlu Layan Pemain Tolak Peluang Wakili Negara - Khalid

Diterbitkan: Selasa, 28 Mac 2017 9:33 PM

Khalid Ali.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain yang menolak panggilan mewakili skuad bola sepak kebangsaan tidak perlu lagi diberi peluang atau diterima semula dalam pasukan itu.

Bekas pemain negara era-1970an dan 1980an, Khalid Ali berkata mereka yang menolak panggilan itu, perlu berasa kesal kerana tidak bersikap profesional dan bertanggungjawab untuk mewakili negara sebelum ini.

"Saya masih kecewa dengan tindakan pemain yang enggan beraksi di saat negara memerlukan khidmat mereka pada Kejohanan Piala AFF Suzuki 2016...mereka seolah-olah mempermainkan maruah negara," katanya.

Beliau mengulas hasrat empat tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT) yang mahu menyarung kembali jersi kebangsaan selepas berlakunya perubahan kepimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang kini diterajui Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Khalid berkata kualiti empat pemain itu - Aidil Zafuan Abdul Radzak, Safiq Rahim, Mohd Amirulhadi Zainal dan S.Kunanlan, bukanlah yang terbaik dalam Liga Malaysia ketika ini.

Media tempatan melaporkan empat pemain itu yang sebelum ini mengumumkan persaraan pada Julai 2016, kini bersedia membuat 'pusingan U'.

Mereka dilaporkan mahu menyertai semula skuad negara selepas Tunku Ismail mengumumkan pelantikan bekas pengendali JDT, Mario Gomez sebagai ketua jurulatih skuad negara. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Khalid Ali , Harimau Malaysia

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan