Real Madrid Sedia Belanja Besar Untuk Eden Hazard

Diterbitkan: Selasa, 28 Mac 2017 9:25 AM

(Ubah saiz teks)

REAL Madrid memulakan usaha untuk mendapatkan Eden Hazard termasuk sedia membayar yuran perpindahan yang bakal melakar rekod dunia baharu.

Kelab gergasi Sepanyol itu dilapor sedia membayar sejumlah yuran yang melebihi nilai Manchester United mendapatkan Paul Pogba iaitu sebanyak £89.3 juta pada musim lalu.

Daily Mail melaporkan, Real sedia membayar sebanyak  £100 juta kerana mahu menjadikan pemain berusia 26 tahun itu sebagai pelaburan jangka panjang.

Bagaimanapun, Chelsea belum menerima sebarang tawaran rasmi oleh kelab berkenaan setakat ini.

Zinedine Zidane sedia melepaskan beberapa pemain demi Hazard bagi memenuhi hasratnya sejak tahun lalu.

Chelsea yang merupakan sebuah kelab kaya turut mahu mengekalkan Hazard yang menjadi simbol kegemilangan skuad berkenaan.


Tags / Kata Kunci: Real Madrid , Chelsea

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan