Tak Perlu Letak Pengintip Dalam FAM - Khalid

Diterbitkan: Selasa, 28 Mac 2017 12:51 PM

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain kebangsaan dan pengkritik bola sepak negara, Khalid Ali berkata, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim perlu meletakkan kepercayaan tinggi terhadap barisan kepimpinan FAM yang baharu.

Menurutnya, Tunku Ismail selaku Presiden FAM tidak perlu 'memasang' pengintip dalam semua jawatankuasa untuk memantau perjalanan badan induk itu.

Khalid berkata, beliau memahami apa yang dimahukan Tunku Ismail, namun bimbang ia mengundang ketidakharmonian dalam kalangan kakitangan FAM. 

“Nak letak mata-mata (pengintip) dalam jawatankuasa saya risau ia boleh menjadi satu pertelingkahan atau kedustaan di dalam penyampaian kepada pihak atasan.

“Jadi saya rasa ini semua tak perlu. Sekarang, pemimpin FAM perlu percaya bahawa individu atau Exco yang dipilih adalah mereka yang boleh bekerja dan membantu dalam meningkatkan bola sepak negara.

“Jangan meragui mereka yang dipilih dan bagi saya mereka perlu diberi masa enam hingga 12 bulan untuk melihat progress mereka di dalam satu-satu portfolio,” katanya ketika dihubungi Sinar Online pada Isnin.

Menurutnya, perkara yang paling mustahak ialah untuk meletakkan individu yang layak memegang satu-satu portfolio.

“Pada permulaan ini, FAM perlu meletakkan mereka berkemampuan dan mempunyai minat pada portfolio diberikan.

“Tak bolehlah nak letak satu-satu Exco yang tak berminat dalam portfolio tersebut dan bekerja dalam keadaan terpaksa.

"Itu akan menjadi kesukaran untuk dapat KPI yang baik dan beri kesan kepada persatuan di kemudian hari,” ujarnya.

Khalid turut mengakui secara peribadi beliau sudah mula mempunyai keyakinan di dalam barisan kepimpinan terbaru FAM.

Namun baginya, tempoh masa yang panjang diperlukan untuk meningkatkan taraf bola sepak negara dan menakluki Asia.

"Untuk sampai tahap Asia, mungkin kita perlu tempoh 10 atau 15 tahun.

"Walaupun begitu, saya percaya keputusan positif akan mula dilihat dalam masa tiga tahun akan datang," katanya.

Tags / Kata Kunci: FAM , Khalid Ali

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan