Jersi Terbaharu Man United Papar Figura Tiga Legenda? - Bola Sepak | mStar

Jersi Terbaharu Man United Papar Figura Tiga Legenda?

Diterbitkan: Selasa, 28 Mac 2017 7:57 AM

(Ubah saiz teks)

KIT terbaharu Manchester United dengan jersi yang memaparkan bayangan figura legenda kelab itu, George Best, Denis Law dan Bobby Charlton, didedahkan secara dalam talian.

Portal Mail Online melaporkan bahawa jersi berwarna kelabu itu menunjukkan gambaran bayang dengan warna hitam itu di bahagian bawah baju, dengan garisan hitam pada kolar dan lengan.

Jersi Adidas itu turut mengekalkan Chevrolet sebagai penaja utama, dan rekaan dihasilkan oleh penyokong dalam satu pertandingan.

Pada musim panas lalu, Adidas melancarkan inisiatif untuk memberi peluang kepada penyokong kelab itu membuat rekaan bagi kit ketiga, yang akan dipakai oleh pemain-pemain idola mereka.

Penyokong diberi peluang untuk memuat naik dan berkongsi idea mereka secara dalam talian menerusi Creator Studio dan menggunakannya sebagai kempen untuk meraih undi.

Barisan juri yang turut membabitkan beberapa nama ikonik kelab itu akan memutuskan kit yang akan dipakai pemain bagi musim 2017-2018.

Best, Law dan Charlton merupakan sebahagian daripada skuad Manchester United yang menjadikan ia sebagai kelab Inggeris pertama memenangi Piala Eropah pada 1968. - Mail Online

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan