TMJ Mampu Tingkat Martabat Bola Sepak Malaysia - Pesuruhjaya Tinggi Britain

Diterbitkan: Isnin, 27 Mac 2017 10:34 PM

Vicki Treadell

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia Vicki Treadell berharap Malaysia akan muncul sebagai kuasa bola sepak hebat di Asia di bawah kepimpinan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Katanya, presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baru dipilih itu mampu membantu skuad Harimau Malaysia memperoleh kembali kehebatannya dalam dunia bola sepak.

"Kini, dengan mempunyai presiden baharu FAM, Malaysia mungkin dapat menebus kembali kehebatannya dalam arena bola sepak dunia serta muncul sebagai pasukan bola sepak yang benar-benar hebat di Asia," kata Treadell dalam ucapan alu-aluannya pada majlis koktel Million Dollar Feet (MDF) di kediamannya di sini Isnin.

Tunku Ismail menang jawatan itu bagi penggal 2017-2021 setelah pencabar baginda, bekas timbalan presiden FAM dan penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa menarik diri daripada bertanding.

Berkongsi harapan sama ialah bekas bintang bola sepak England dan Liverpool Steve McMahon, yang berkata personaliti serta kepimpinan TMJ yang berkualiti tinggi mampu membawa kemegahan kepada bola sepak Malaysia.

"TMJ memang memiliki kehebatan dalam bola sepak (kebangsaan). Saya rasa akan berlaku banyak perubahan...Muka baharu, idea baharu dan jalan menuju kejayaan," katanya.

Mengulas tentang pelantikan bekas jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Mario Gomez sebagai ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan, beliau berkata jurulatih dari Argentina itu memerlukan sokongan daripada semua pihak dalam persatuan untuk mengubah skaud Harimau Malaysia yang kini berada dalam keadaan menyedihkan.

"Gomez perlu bekerja keras dalam setiap hal...Tetapi, TMJ tahu karektor dan kebolehannya, jadi saya rasa TMJ akan membantu dan menyokong beliau," kata McMahon.

Sementara itu, dua pemenang MDF, Adam Roshan Kris Azman, 13, dan Muhd Rusry Haziq, 14, menerima biasiswa bernilai RM1 juta bagi tempoh dua tahun mulai September ini untuk menimba ilmu di akademi bola sepak Brook House College di United Kingdom (UK).

McMahon, yang merupakan ketua jurulatih MDF, berkata dua pemain bola sepak remaja itu akan memperoleh peluang keemasan untuk menyertai akademi tersebut sambil mengikuti pengajian akademik peringkat tinggi.

Mereka terpilih melalui usaha pencarian secara intensif di seluruh dunia, diikuti pertandingan sengit sesama finalis yang disenaraipendekkan bagi memilih dua pemenang untuk mengikuti program penjelajahan selama 10 hari ke UK bagi mempamerkan kemahiran mereka kepada pemilih daripada kelab dan akademi bola sepak Eropah.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan