Denis Suarez Belum Berhasrat Tinggalkan Barca - Ejen

Diterbitkan: Ahad, 26 Mac 2017 8:10 AM

Denis Suarez. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

PEMAIN Barcelona Denis Suarez tidak pernah mendapat tawaran daripada Napoli dan mahu kekal bersama kelab itu pada musim depan, tegas ejen kepada pemain berkenaan.

Pemain berusia 23 tahun itu jarang-jarang mendapat tempat dalam pasukan utama sejak kembali ke Camp Nou pada Julai lalu, menyebabkan timbulnya desas-desus bahawa Suarez mahu berhijrah pada akhir musim.

Spekulasi mengenai keinginan Barcelona untuk mendapatkan Isco dari kelab pesaing utamanya, Real Marid secara tidak langsung membuatkan nasib dan masa depan Suarez menjadi semakin tidak menentu.

Jurulatih Napoli Maurizio Sarri dilaporkan mahu membawanya ke San Paolo dan berjanji akan meletakkannya sebagai pemain kesebelasan utama di Serie A.

Bagaimanapun, ejen Suarez, Felix Grande menegaskan bahawa pemain itu hanya berjuang untuk mendapat tempatnya di Barcelona, tetapi belum berminat untuk meninggalkan kelab.

"Kami tidak mendapat kontak dari Napoli atau kelab lain.

"Denis melakukan tugasnya dengan sangat baik di Barcelona, dia memiliki kontrak selama lima tahun di sana. Dia sangat berkembang dalam beberapa bulan terakhir ini.

"Walapun dia bukan pemain utama, dia sering terlibat dalam permainan.

"Memang semua pemain mahu bermain dalam lebih banyak perlawanan, tapi ini adalah tahun penuh pertamanya di Barcelona dan itu adalah jalan yang harus dilaluinya. Tahun depan dia pasti akan mendapat lebih banyak ruang," katanya kepada Radio CRC.

Tags / Kata Kunci: Denis Suarez , Isco , Felix Grande

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan