Piala Dunia 2018: Portugal Lebih Penting Berbanding Rekod Peribadi - Ronaldo

Diterbitkan: Ahad, 26 Mac 2017 7:25 AM

Cristiano Ronaldo ketika perlawanan menentang Hungary. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

PORTUGAL tampil dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2018 dengan meyakinkan apabila menundukkan Hungary 3-0.

Cristiano Ronaldo membantu kemenangan Portugal dengan menyumbangkan dua gol.

Dalam saingan peringkat Kumpulan B di Stadium da Luz, awal pagi Ahad, persembahan Portugal lebih dominan dengan rekod ESPNFC menunjukkan pasukan itu unggul dengan 57 peratus penguasaan bola berbanding pasukan lawan.

Kemenangan ini terus membuka peluang untuk Portugal merebut juara kumpulan dengan Switzerland.

Pada masa ini, Portugal berada di posisi kedua dengan 12 mata, ketinggalan tiga mata di belakang Switzerland, manakalan Hungary di kedudukan ketiga dengan dua mata.

Kapten Portugal itu berkata peluang untuk mara ke Piala Dunia 2018 menjadi keutamaan berbanding mencipta rekod gol peribadinya.

Dengan dua gol tersebut, Ronaldo sudah mengumpul sembilan gol dari lima pertandingan kelayakan Piala Dunia.

Secara keseluruhan, dia sudah menjaringkan 70 gol untuk negaranya dan berada di kedudukan keempat sebagai penjaring gol terbanyak dalam saingan antarabangsa di Eropah.

"Saya tahu saya sudah ada berapa banyak gol tapi itu bukan perkara yang paling penting.

"Yang penting ialah kami menang dan kami kini sedang berjuang untuk mara ke Piala Dunia," kata Ronaldo kepada RTP.

Selain Ronaldo, seorang lagi pemain yang menyumbangkan gol dalam perlawanan ini adalah Andre Silva yang mencatat gol pembukaan pada minit ke-32.

Empat minit kemudian, Portugal terus menambah gol menerusi Ronaldo yang menggunakan kaki kirinya untuk meledakkan gol ke sudut bawah gawang lawan.

Kedudukan 2-0 berakhir sehingga babak pertama tamat.

Pada babak kedua, Portugal mencipta satu gol tambahan pada minit ke- 65, juga melalui Ronaldo.

Tags / Kata Kunci: Piala Dunia 2018 , Cristiano Ronaldo

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan