Perancis Menang, Harapan Belanda Ke Piala Dunia 2018 Kian Tipis

Diterbitkan: Ahad, 26 Mac 2017 7:50 AM

Antoine Griezmann (kiri) bersama rakan sepasukannya, Olivier Giroud. -fotoAP

(Ubah saiz teks)

PERANCIS terus menunjukkan persembahan positif dalam saingan kelayakan bola sepak Piala Dunia 2018.

Skuad bimbingan Didier Deschamps itu berjaya mengalahkan Luxembourg 3-1 di Stadium Josy Barthel, dalam perlawanan awal pagi Ahad.

Dalam perlawanan peringkat Kumpulan A itu, Perancis mendapat gol terlebih dahulu menerusi penyerangnya Olivier Giroud pada minit ke-28.

Bagaimanapun, tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan menjadi 1-1 pada minit ke-34 menerusi tendangan penalti Aurelien Joachim.

Hukuman penalti itu diperolehi setelah Blaise Matuidi menjatuhkan pemain sayap Luxembourg Daniel Da Mota pada minit ke-33.

Namun, kedudukan seri 1-1 itu tidak bertahan lama.

Tiga minit kemudian, Perancis kembali mendahului 2-1 hasil gol penalti yang disempurnakan oleh Antoine Griezmann. Perancis mendapat hadiah penalti selepas Sidibe dijatuhkan oleh Da Mota.

Pada separuh masa kedua, Perancis terus mengasak pertahanan Luxembourg yang mula longgar.

Mereka berjaya melebarkan kedudukan menjadi 3-1 pada minit ke-77 melalui Giroud, memanfaatkan assist umpan lambung Benjamin Mendy.

Dengan kemenangan itu, Perancis kini memimpin Kumpulan A dengan 13 mata.

Mengekorinya adalah pasukan Sweden yang mengumpul 10 mata selepas mengalahkan Belarus 4-0.

Dalam pada itu, Belanda kalah 0-2 kepada Bulgaria dalam perlawanan yang berlangsung pada hari yang sama di Stadium Vasil Levski.

Berada di kedudukan keempat, peluang Belanda, di bawah asuhan Danny Blind untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2018 di Rusia dilihat tipis.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan