Pemilihan FAM: Tengku Abdullah Sambut Baik Usaha Annuar Musa Tarik Diri

Diterbitkan: Sabtu, 25 Mac 2017 8:55 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyambut baik tindakan Tan Sri Annuar Musa menarik diri daripada bertanding pemilihan jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Titahnya tindakan Annuar yang memberi laluan kepada Tunku Mahkota Johor  Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menerajui FAM dilihat dapat memudahkan lagi usaha memajukan bola sepak negara pada masa depan.

"Baguslah... itu lebih senang, tak payah bertanding-tanding lagi. Harapan saya agar mutu bola sepak dapat ditingkatkan secara keseluruhan dan semua yang terlibat akan membantu," titahnya.

Tengku Abdullah yang juga bekas Presiden FAM bertitah demikian selepas mencemar duli merasmikan penutup Kejohanan Tomoi Pantai Timur Piala Tengku Mahkota Pahang di Bukit Goh, di sini malam tadi.

Annuar yang juga Penasihat Bola Sepak Kelantan mengumumkan penarikan diri daripada pemilihan presiden FAM pada Khamis lepas dan menegaskan keputusannya itu diambil tanpa desakan sesiapa.

Annuar dilapor berkata pendekatan itu juga mampu mengelakkan berlakunya sebarang pertelingkahan dalam keluarga besar bola negara.

Penarikan diri Annuar secara langsung menjadikan Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul satu-satunya calon bagi jawatan berkenaan.

Tags / Kata Kunci: FAM , Kongres FAM , Annuar Musa , JDT

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan