Tidak Pertahan Jawatan Tiada Kaitan Dengan Annuar - Zainol

Diterbitkan: Jumaat, 24 Mac 2017 5:02 PM

Zainol Fadzi Paharudin (kiri).

(Ubah saiz teks)

IPOH: Keputusan tidak mempertahankan jawatan naib presiden tiada kena mengena dengan penarikan diri Tan Sri Annuar Musa daripada bertanding jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), demikian tegas Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana mahu memberi keutamaan kepada Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Dalam situasi menghadapi PRU-14, sudah tentu keutamaan perlu diberikan kepada jentera parti untuk melakukan persiapan rapi dan demi kepentingan kerajaan negeri," katanya dalam sidang media di sini, Jumaat.

Beliau merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manik dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Salak serta memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri. 

Pada Khamis, Zainol Fadzi mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya dalam badan induk bola sepak tanah air sempena pemilihan barisan baharu FAM pada Kongres FAM ke-53 di Petaling Jaya, Sabtu.

Pada hari sama, Annuar, yang merupakan bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), juga mengumumkan penarikan diri sebagai menghormati Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang turut bertanding kerusi panas itu.

Menjelas lanjut, Zainol Fadzi berkata, keputusan untuk menarik diri itu dibuat sejak Isnin lalu, namun hanya membuat pengumuman rasmi pada Khamis selepas menyerahkan surat berkaitan kepada FAM.

"Dalam perjalanan saya hendak menghantar surat ke pejabat FAM, Tan Sri Annuar telah membuat pengumuman dahulu daripada saya.

"Sebenarnya, saya telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir baru-baru ini sebelum menulis surat kepada FAM mengenai keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan," katanya.

Zainol Fadzi turut mengucapkan terima kasih dan memohon maaf kepada semua pihak yang telah memberikan kepercayaan kepada beliau sepanjang empat tahun dalam barisan kepimpinan FAM.

Seramai 39 perwakilan dan 20 anggota gabungan FAM layak mengundi pada kongres berkenaan. - Bernama

Tags / Kata Kunci: FAM , Zainol Fadzi Paharudin

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan