TMJ, 'Mekanik' Terbaik Untuk 'Baiki' FAM - LTK

Diterbitkan: Jumaat, 24 Mac 2017 3:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim mengakui Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai individu tepat untuk memikul tugas presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Jelas Teong Kim, pemilik kelab Johor Darul Tak'zim (JDT) itu seorang yang dinamik dan tahu apa masalah dalam sukan bola sepak Malaysia.

"Saya mengucapkan tahniah kepada Tunku Ismail. Beliau masih muda dan penuh bertenaga selain teruja mahu melihat sukan bola sepak negara berjaya.

"Beliau adalah orang yang paling layak memegang jawatan presiden kerana TMJ tahu apa masalah atau isu yang ada dalam bola sepak negara.

"Saya pernah bertemu dengannya beberapa sebelum ini untuk berbincang mengenai situasi bola sepak negara kita, dan beliau amat sedar tentang masalah-masalah yang ada," jelasnya kepada mStar Online.

Tambah Teong Kim, beliau tidak berharap agar perubahan berlaku, sebaliknya mahu melihat situasi baharu pada era kepimpinan Tunku Ismail kelak.

"Beliau adalah individu yang ingin melihat bola sepak negara naik. Malah beliau sudah membuktikan perubahan itu di Johor.

"Saya yakin beliau akan memilih anggota yang betul untuk melaksana serta menyelesaikan masalah yang ada dengan lebih jelas.

"Apa yang lebih penting beliau tidak ada agenda peribadi atau kepentingan tersendiri. Tidak ada," tambahnya lagi.

Tunku Ismail mengisi jawatan utama badan induk bola sepak negara tanpa proses pengundian selepas seorang lagi calon presiden, Tan Sri Annuar Musamengumumkan penarikan diri daripada bertanding pada Kongres FAM Sabtu ini.

Tags / Kata Kunci: Lim Teong Kim , Tunku Ismail , FAM

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan