Hadiah Untuk Rakyat Syria - Ayaman Hakeem

Diterbitkan: Jumaat, 24 Mac 2017 7:15 AM

Pemain Syria Omar Khrbin (tengah) diraikan rakan sepasukannya selepas berjaya menjaringkan gol pada perlawanan keenam kumpulan A, Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 pusingan keempat antara Syria dan Uzbekistan di Stadium Hang Jebat. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kemenangan ke atas pasukan Uzbekistan adalah hadiah kepada seluruh rakyat Syria, kata ketua jurulatih Syria, Ayman Hakeem dengan nada sebak.

Walaupun negara berkenaan sedang bergolak akibat kemelut peperangan yang disifatkan seperti tiada kesudahan namun kemenangan yang tercipta membuatkan Ayman mengalirkan air mata kegembiraan.

Syria mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Uzbekistan pada perlawanan keenam kumpulan A, Pusingan Kelayakan Piala Dunia FIFA 2018 pusingan keempat yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, di sini.

"Justeru semua pemain perlu optimis dan terus mengorak langkah dengan memberikan aksi terbaik bagi terus mencipta kemenangan," katanya kepada pemberita menerusi penterjemah pada sidang media di sini, Khamis.

Ayman mahu anak didiknya memandang ke hadapan dengan semua pemain perlu kekal fokus bagi mendapatkan keputusan positif walaupun berhadapan dengan pasukan yang kuat.

Sementara itu, ketua jurulatih Uzbekistan, Samvel Babayan berkata walaupun skuad kendaliannya mempamerkan aksi terbaik namun kemenangan tidak berpihak kepada mereka apabila gagal menemui sebarang penyudah.

"Meskipun kami dah cuba melakukan yang terbaik dengan mencipta banyak peluang dan memberikan tentangan namun gagal menghasilkan sebarang gol.

Oleh itu, kami tidak ada pilihan lain melainkan perlu menang apabila menentang Qatar selepas ini kerana setiap pasukan mempunyai peluang untuk menempah slot kelayakan," katanya.

Katanya skuad yang terkenal dengan jolokan 'White Wolves' perlu kembali bangkit dengan mempertingkatkan kualiti permainan pada perlawanan seterusnya.

Tags / Kata Kunci: Piala Dunia

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan