Guardiola Kuatkuasa Larangan Pelik Di Kem Latihan

Diterbitkan: Khamis, 23 Mac 2017 11:00 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER: Bos Manchester City, Pep Guardiola mempunyai kaedah tersendiri untuk memastikan anak buahnya kecergasan fizikal dengan menguatkuasakan satu larangan yang dianggap pelik terhadap pemain.

Ini kerana Guardiola melarang penjualan coklat dan makanan ringan yang mengandungi gula di pusat latihan Etihad Campus sebagai sebahagian pengamalan diet yang ketat dilaksanakan oleh Guardiola.

Walaupun coklat masih dibenarkan dibawa ke padang, namun makanan itu tidak lagi boleh dijual, sekali gus memaksa staf atau pemain kelab tersebut membelinya di luar kawasan latihan.

Menurut laporan portal Mirror, Guardiola berbuat demikian demi memastikan seluruh staf dan pemain kelab berkenaan mengamalkan corak pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Bagi memastikan tujuannya itu mencapai matlamat, pengurus kelahiran Sepanyol tersebut mengarahkan pakar pemakanan, Silva Tremoleda menyediakan hidangan yang berkhasiat kepada semua staf.

Tremoda sangat dikenali di Sepanyol sebagai penulis dan pakar diet untuk bintang Barcelona, Lionel Messi.

Kawalan pemakanan yang dikuatkuasakan oleh Guardiola itu juga mahu memastikan anak buahnya mencapai berat badan yang ideal untuk kekal cergas sepanjang musim.

Guardiola menyingkirkan bintang Perancis, Samir Nasri daripada latihan skuad utama selepas pemain itu mempunyai berat badan yang berlebihan.

Selain makanan, Guardiola turut melarang penggunaan perkhidmatan jalur lebar (WiFi) di beberapa kawasan latihan bagi meningkatkan interaksi dalam kalangan pemain.


Tags / Kata Kunci: Pep Guardiola , Manchester City

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan